Terkini
Luqman Long janji lepas jawatan jika tewas PRN
Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Luqman Long akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan parti itu jika tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.

- Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Luqman Long akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan parti itu jika tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
- Luqman yang membuat penampilan sulung pada PRN kali ini sekali lagi menegaskan kehadirannya bukan untuk memecah undi sebaliknya serius mahu memenangi kerusi berkenaan.
- “Janji saya jika saya sekurang-kurangnya tidak boleh ataupun gagal untuk menerima kembali deposit yang saya bayar sebagai calon, saya akan lepaskan jawatan saya di peringkat pimpinan pusat.”
- “Tidak ada jawatan, saya masih lagi datang berkhidmat untuk parti ini dan saya harap seluruh ahli MUDA terima mesej ini bahawa setiap satu ruang dan peluang untuk kamu wakili parti ini, gunakan ruang itu betul-betul,” katanya.
- Luqman berdepan persaingan tiga penjuru menentang calon PN yang juga penyandang, Ahmad Shah Muhamed dan calon Barisan Nasional (BN), Armi Irzan Mohd.
KUALA TERENGGANU: Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Luqman Long akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan parti itu jika tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Luqman yang membuat penampilan sulung pada PRN kali ini sekali lagi menegaskan kehadirannya bukan untuk memecah undi sebaliknya serius mahu memenangi kerusi berkenaan.
“Janji saya jika saya sekurang-kurangnya tidak boleh ataupun gagal untuk menerima kembali deposit yang saya bayar sebagai calon, saya akan lepaskan jawatan saya di peringkat pimpinan pusat.
“Saya janji inilah cabaran yang saya galas, ini ialah komitmen saya… jangan risau, jangan soal kesetiaan saya pada parti ini…. ada jawatan atau tidak, itu material.
“Tidak ada jawatan, saya masih lagi datang berkhidmat untuk parti ini dan saya harap seluruh ahli MUDA terima mesej ini bahawa setiap satu ruang dan peluang untuk kamu wakili parti ini, gunakan ruang itu betul-betul,” katanya.
Luqman berdepan persaingan tiga penjuru menentang calon PN yang juga penyandang, Ahmad Shah Muhamed dan calon Barisan Nasional (BN), Armi Irzan Mohd.
Pada Pilihan Pilihan Raya ke-14 (PRU14), Ahmad Shah memenangi kerusi berkenaan selepas mengalahkan dua calon masing-masing daripada parti BN dan PKR dengan undian 7,133 undi.
Sumber: Berita Harian
