Antarabangsa
Lima dijatuhi hukuman mati atas serangan maut masjid di Arab Saudi
Arab Saudi berkata pihak kerajaan menghukum mati lima individu disabitkan dengan tuduhan keganasan dalam serangan maut ke atas sebuah masjid lebih tujuh tahun lalu.

- Arab Saudi berkata pihak kerajaan menghukum mati lima individu disabitkan dengan tuduhan keganasan dalam serangan maut ke atas sebuah masjid lebih tujuh tahun lalu.
- Menurut laporan Gulf News, pelaku terbabit merancang dan menyasarkan masjid di gabenor timur Arab Saudi, Al Ahsa yang menyebabkan lima maut dan yang lain cedera.
- Banduan dihukum mati itu dikenal pasti dalam kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai warga Mesir, Talha Hesham dan empat warga Saudi iaitu Ahmed bin Mohammed Asiri, Nasar bin Abdullah, Hamad bin Abdullah dan Abdullah bin Abdulrahman Al Tuwaijri.
- Pelaksanaan hukuman mati itu dilakukan pada 3 Julai lalu di wilayah timur Arab Saudi, kata kementerian berkenaan.
Kaherah: Arab Saudi berkata pihak kerajaan menghukum mati lima individu disabitkan dengan tuduhan keganasan dalam serangan maut ke atas sebuah masjid lebih tujuh tahun lalu.
Menurut laporan Gulf News, pelaku terbabit merancang dan menyasarkan masjid di gabenor timur Arab Saudi, Al Ahsa yang menyebabkan lima maut dan yang lain cedera.
Banduan dihukum mati itu dikenal pasti dalam kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai warga Mesir, Talha Hesham dan empat warga Saudi iaitu Ahmed bin Mohammed Asiri, Nasar bin Abdullah, Hamad bin Abdullah dan Abdullah bin Abdulrahman Al Tuwaijri.
Defendan Mesir itu disabitkan bersalah kerana menembak ke arah anggota keselamatan, menyerang rumah ibadat, cuba meletupkan dirinya semasa serangan dan merupakan ahli organisasi pengganas.
Siasatan menunjukkan Talha memasuki Arab Saudi dengan visa keluarga untuk melawat bapanya.
Kelima-lima mereka dirujuk ke mahkamah khusus yang menjatuhkan hukuman mati kepada mereka, lapor agensi berita Saudi SPA.
Keputusan itu kemudiannya dikekalkan dan diluluskan melalui titah diraja.
Pelaksanaan hukuman mati itu dilakukan pada 3 Julai lalu di wilayah timur Arab Saudi, kata kementerian berkenaan.
Sumber: Gulf News
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas