Connect with us

Antarabangsa

Kepercayaan Muslim, perasaan keagamaan harus dihormati, kata China

Kementerian Luar China menolak tindakan Islamofobia dan mengutuk tindakan ekstremis yang menyasarkan kepercayaan agama dan menghasut pertembungan antara tamadun.

Wartawan TMT

Published

on

Kepercayaan Muslim, perasaan keagamaan harus dihormati, kata China
Foto: Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning.
  • Kementerian Luar China menolak tindakan Islamofobia dan mengutuk tindakan ekstremis yang menyasarkan kepercayaan agama dan menghasut pertembungan antara tamadun.
  • “Apa yang dipanggil ‘kebebasan bersuara’ tidak seharusnya menjadi alasan untuk mencetuskan konflik dan permusuhan antara tamadun,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning kepada pemberita di Beijing, semalam.
  • Menurut laporan AAJ, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau menjawab pertanyaan berkaitan penghinaan ke atas kitab suci umat Islam, al-Quran di Sweden pada bulan lalu.

Kementerian Luar China menolak tindakan Islamofobia dan mengutuk tindakan ekstremis yang menyasarkan kepercayaan agama dan menghasut pertembungan antara tamadun.

“Apa yang dipanggil ‘kebebasan bersuara’ tidak seharusnya menjadi alasan untuk mencetuskan konflik dan permusuhan antara tamadun,” kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning kepada pemberita di Beijing, semalam.

Menurut laporan AAJ, kenyataan itu dikeluarkan ketika beliau menjawab pertanyaan berkaitan penghinaan ke atas kitab suci umat Islam, al-Quran di Sweden pada bulan lalu.

Mao bermula dengan pendirian China bahawa negara itu ‘sentiasa’ menjunjung rasa hormat, keterangkuman dan pembelajaran bersama antara tamadun. 

Katanya, Beijing menentang tindakan ekstremis yang menyerang kepercayaan agama yang berbeza dan menghasut pertembungan tamadun dan semua bentuk Islamofobia.

“Tamadun Islam memberi sumbangan penting kepada tamadun dunia,” katanya, menegaskan kepercayaan dan perasaan umat Islam harus dihormati.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Iraq ‘mencemarkan’ al-Quran di luar masjid Stockholm ketika berada di bawah pengawasan polis Sweden pada 28 Jun lalu.

Advertisement

Insiden itu mencetuskan kecaman meluas dari seluruh dunia Islam, termasuk di Türkiye, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Maghribi, Iraq, Iran, Pakistan, Senegal, Maghribi dan Mauritania.

Dalam pada itu, AlJazeera melaporkan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung insiden itu atas permintaan Pakistan.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berpangkalan di Geneva, yang bermesyuarat dalam sesi sehingga 14 Julai depan akan menukar agendanya untuk mengadakan perbahasan segera mengenai permintaan Pakistan itu. 

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga menggesa langkah kolektif oleh negara-negara Islam untuk mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.

Sumber: AAJ

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending