Connect with us

Antarabangsa

‘Kami datang untuk anak-anak kamu’ – Peserta perarakan Pride LGBTQ

Aktivis LGBTQ dan pondan berarak di sepanjang sebuah taman di Manhattan, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Jun lalu dengan laungan slogan: “Kami di sini, kami aneh, kami datang untuk mendapatkan anak-anak kamu”.

Wartawan TMT

Published

on

‘Kami datang untuk anak-anak kamu’ – Peserta perarakan Pride LGBTQ
Foto: Peserta perarakan Pride LGBTQ di Manhattan, Amerika Syarikat (AS).
  • Aktivis LGBTQ dan pondan berarak di sepanjang sebuah taman di Manhattan, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Jun lalu dengan laungan slogan: ‘Kami di sini, kami aneh, kami datang untuk mendapatkan anak-anak kamu.’
  • Antara yang melaungkan slogan itu adalah sekumpulan lelaki dan wanita, termasuk seorang wanita tidak berbaju dengan riuh rendah sahutan dan gelak tawa peserta lain.
  • Video rakaman insiden di perarakan kelompok songsang Pride itu tular sehingga mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak di platform Twitter.
  • Pengacara podcast Graham Allen di platform Twitter mengatakan slogan laungan kelompok songsang itu satu kenyataan yang menzahirkan kejahatan.

Aktivis LGBTQ dan pondan berarak di sepanjang sebuah taman di Manhattan, Amerika Syarikat (AS) pada 23 Jun lalu dengan laungan slogan: “Kami di sini, kami aneh, kami datang untuk mendapatkan anak-anak kamu”.

Antara yang melaungkan slogan itu adalah sekumpulan lelaki dan wanita, termasuk seorang wanita tidak berbaju dengan riuh rendah sahutan dan gelak tawa peserta lain.

Video rakaman insiden di perarakan kelompok songsang Pride itu tular sehingga mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak di platform Twitter, demikian lapor Daily Mail.

Satu ciapan di Twitter dari Marjorie Taylor, ahli kongres Georgia menyebut “Inilah gerakan yang mengajar kanak-kanak untuk menjalankan pembedahan mastektomi dan kembiri serta menyemarakkan industri perubatan yang menzalimi kanak-kanak bernilai berbilion dolar.”

Foto: Tangkap layar ciapan dari Marjorie Taylor, ahli kongres Georgia di Twitter.

Mengulas perarakan itu, Collin Rugg, pemilik bersama laman berita Trending Politics berkata laungan mereka itu menunjukkan golongan haluan kanan adalah benar selama ini tentang ancaman dari komuniti LGBTQ itu.

Foto: Tangkap layar ciapan Collin Rugg, pemilik bersama laman berita Trending Politics di Twitter.

Oli London yang merupakan jurucakap Fairness First PAC – yang dibangunkan untuk menentang ideologi jantina radikal yang memasuki sekolah – berkata: ‘Mereka tidak menyembunyikan lagi niat mereka bahkan ia disuarakan dengan lantang.’

Foto: Tangkap layar ciapan Oli London yang merupakan jurucakap Fairness First PAC di Twitter.

Beberapa komentar turut mempersoalkan apa relevannya melaungkan perkataan sebegitu kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka ‘minta’ untuk dibenci.

Pengacara podcast Graham Allen di platform Twitter mengatakan slogan laungan kelompok songsang itu satu kenyataan yang menzahirkan kejahatan.

Foto: Tangkap layar ciapan Pengacara podcast, Graham Allen di Twitter.

Sumber: Daily Mail Online

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending