Connect with us

Terkini

Kad OKU bukan ‘lesen’ buat jenayah, terlepas hukuman – Peguam

“Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan lesen untuk bebas daripada hukuman, kecuali dia benar-benar tak waras ketika kejadian berlaku,” kata peguam, Mufarwa Farid.

Hidayah Sani

Published

on

Kad OKU bukan ‘lesen’ buat jenayah, terlepas hukuman – Peguam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan lesen untuk bebas daripada hukuman, kecuali dia benar-benar tak waras ketika kejadian berlaku,” kata peguam, Mufarwa Farid.
  • Beliau menegaskan mempunyai kad OKU bukan lesen untuk membuat kesalahan jenayah, apatah lagi sekiranya kad terbabit tiada kena mengena dengan tuduhan dikenakan ke atas tertuduh.
  • Katanya, kad OKU hanya boleh membantu dari sudut mengurangkan hukuman di mana ia menjadi satu mitigasi dan boleh jadi penyebab sesuatu hukuman dikurangkan sekiranya munasabah.
  • “Contohnya kalau tertuduh ada bipolar, mahkamah akan pastikan bipolar tu datang semasa dia lakukan kesalahan sahaja. Seperti yang kita tahu, penyakit tak waras ni bermacam-macam.
  • “Ada yang 24 jam tak waras. Ada yang tak waras sekejap-sekejap. Jadi, laporan pakar amatlah diperlukan untuk pastikan dia tak waras exactly pada waktu dia lakukan jenayah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.
  • Beliau berkata demikian untuk memperbetulkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang segelintirnya berpandangan sekiranya tertuduh mempunyai kad OKU, maka individu terbabit akan terlepas daripada hukuman jenayah dilakukan.

KUALA LUMPUR — Kad OKU (Orang Kelainan Upaya) bukan lesen untuk bebas daripada hukuman, kecuali dia benar-benar tak waras ketika kejadian berlaku,” kata peguam, Mufarwa Farid.

Mufarwa berkata memiliki kad OKU tidak terlalu memberi makna (kelebihan) ketika berhadapan kes mahkamah.

Beliau menegaskan mempunyai kad OKU bukan lesen untuk membuat kesalahan jenayah apatah lagi sekiranya kad terbabit tiada kena mengena dengan tuduhan dikenakan ke atas tertuduh.

Katanya, kad OKU hanya boleh membantu dari sudut mengurangkan hukuman di mana ia menjadi satu mitigasi dan boleh jadi penyebab sesuatu hukuman dikurangkan sekiranya munasabah.

“Walaupun kad OKU ini bukan syarat melepaskan tertuduh, dalam kes-kes ketidakwarasan, dia boleh terlepas. Tapi, tak waras ini pun ada syarat iaitu kena tak waras pada masa dia lakukan kesalahan itu saja dan syarat-syarat lain yang amat ketat.

“Contohnya kalau tertuduh ada bipolar, mahkamah akan pastikan bipolar tu datang semasa dia lakukan kesalahan sahaja. Seperti yang kita tahu, penyakit tak waras ni bermacam-macam.

“Ada yang 24 jam tak waras. Ada yang tak waras sekejap-sekejap. Jadi, laporan pakar amatlah diperlukan untuk pastikan dia tak waras exactly pada waktu dia lakukan jenayah,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini semalam.

Beliau berkata demikian untuk memperbetulkan salah faham dalam kalangan masyarakat yang segelintirnya berpandangan sekiranya tertuduh mempunyai kad OKU, maka individu terbabit akan terlepas daripada hukuman jenayah dilakukan.

Ini susulan laporan berita terkait kes mahkamah membabitkan seorang lelaki yang didakwa menunggang motosikal melawan arus hingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal Ducati Panigale di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).

Mahkamah Majistret dilaporkan mengarahkan tertuduh menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak selepas tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bila ada orang sesuka hati dakwa diri dia OKU, netizen ramai salah faham. Netizen fikir, ada kad OKU, lepas. Padahal tak lepas pun.

“Jadi, kasihan pada yang betul-betul OKU yang betul-betul ada penyakit atau kecacatan. Belum apa-apa lagi, dah kena cop penipu. Dah kena cop “dan-dan ada kad OKU”.

“Media pun sedap main-main isu OKU ini. Letak saja header “pemandu ada kad OKU”, memang ramai lah serbu komen,” katanya. 

Pada 14 Jun lalu, media melaporkan penunggang motosikal Ducati Panigale meninggal dunia akibat parah selepas terbabas dan terjatuh dari jejambat Lebuhraya SUKE apabila cuba mengelak penunggang motosikal lain yang melawan arus.

Dalam insiden itu, mangsa melanggar penghadang sebelah kiri jalan lalu terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian kira-kira 30 meter.

Motosikal ditunggang mangsa juga terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang.

Berikutan kemalangan itu, lelaki yang menunggang motosikal secara lawan arus menyebabkan kemalangan maut di SUKE tampil membuat laporan pada 16 Jun lalu. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Mufarwa Farid

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan diminta pertahan polisi sekolah tidak terima dana syarikat arak – Pemuda UMNO

Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
  • Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh meminta kerajaan mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.
  • “Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.
  • “Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).
  • “Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

KUALA LUMPUR — Kerajaan diminta mempertahankan polisi melarang penerimaan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi kepada pihak sekolah.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kerajaan perlu mempertahankan polisi itu sekalipun menerima asakan daripada mana-mana menteri untuk mengubahnya.

Dr Akmal juga memberi sokongan penuh kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan polisi itu.

Beliau berkata jika liga bola sepak negara pun tidak membenarkan syarikat sedemikian untuk menyumbang atau membuat tajaan, apatah lagi membabitkan pihak sekolah.

“Dan saya mohon agar pihak kerajaan untuk mempertahankan polisi yang sedia ada ini walaupun diasak oleh mana-mana menteri untuk mengubahnya.

“Ini negara yang ada peraturan yang perlu dipatuh, bukan negara yang mengikut aturan kamu Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Pengangkutan).

“Pemuda UMNO menyokong penuh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengenai isu ini… Bebaskan anak-anak kita dari anasir yang tidak baik,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini yang turut memuat naik tangkap layar dua artikel berkenaan isu terbabit.

Foto: Tangkap layar artikel dimuat naik Dr Akmal di Facebooknya.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek semalam dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun mesti mengikut garis panduan kementerian.

Beliau turut mengulangi pentingnya mematuhi garis panduan tersebut ketika diajukan pertanyaan sama ada terdapat pengecualian bagi sekolah vernakular.

Pada masa sama, Loke juga dilaporkan berkata isu pemberian sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina akan dibawa ke mesyuarat Kabinet hari ini dan penjelasan akan diberikan kepada Jemaah Menteri.

Loke berkata perkara berkenaan tidak sepatutnya dijadikan isu kerana pembabitan syarikat minuman keras bagi membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

“Selama ini tidak timbul sebarang masalah, kenapa sekarang baharu nak jadikan isu? Ini sesuatu yang mesti kita faham bahawa ini bukan perkara baharu,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending