Connect with us

Terkini

JIM komited tambah baik SOP urusan masuk Malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wartawan TMT

Published

on

JIM komited tambah baik SOP urusan masuk Malaysia
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.
  • Katanya, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat Imigresen di seluruh negara.
  • “JIM komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.

Dalam konteks ini, katanya, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat Imigresen di seluruh negara.

“Jika terdapat pegawai Imigresen yang didapati bersalah, jabatan ini tidak akan melindungi pegawai tersebut serta mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“JIM komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA disiasat di bawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Dalam siasatan itu, SPRM sudah mengambil keterangan tiga saksi termasuk menteri dan dua warga China bagi membantu siasatan selain beberapa pegawai Imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.

Sumber berkata, SPRM juga mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan JIM.

Individu itu merupakan ejen yang dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit. 

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending