Terkini
JIM komited tambah baik SOP urusan masuk Malaysia
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
- Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.
- Katanya, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat Imigresen di seluruh negara.
- “JIM komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan ini terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan ini sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan daripada pihak luar.
Dalam konteks ini, katanya, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana pejabat Imigresen di seluruh negara.
“Jika terdapat pegawai Imigresen yang didapati bersalah, jabatan ini tidak akan melindungi pegawai tersebut serta mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.
“JIM komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan kes dakwaan rasuah membabitkan pegawai imigresen di KLIA disiasat di bawah seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.
Dalam siasatan itu, SPRM sudah mengambil keterangan tiga saksi termasuk menteri dan dua warga China bagi membantu siasatan selain beberapa pegawai Imigresen yang terlibat juga akan dipanggil untuk diambil keterangan.
Sumber berkata, SPRM juga mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes melibatkan seorang pelancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan JIM.
Individu itu merupakan ejen yang dikatakan meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit.
Sumber: Utusan
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas