Antarabangsa
Guru di UK ajar pelajar 11 dan 12 tahun hilang perawan di hotel, luar rumah
Ibu bapa di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) bertindak melaporkan seorang guru seni yang mencadangkan kepada pelajarnya bahawa hotel dan luar rumah (outdoor) sebagai tempat mereka boleh menghilangkan perawan.
- Ibu bapa di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) bertindak melaporkan seorang guru seni yang mencadangkan kepada pelajarnya bahawa hotel dan luar rumah sebagai tempat mereka boleh menghilangkan perawan.
- Kenyataan guru itu diungkapkan ketika kelas mata pelajaran Personal, Social, Health and Economics atau lebih dikenali sebagai PSHE di sebuah sekolah menengah di Timur Yorkshire.
- Guru pendidikan seni itu juga dilaporkan mengajukan soalan kepada pelajar berumur dalam lingkungan 11 dan 12 tahun dengan bertanya di manakah lokasi pertama mereka ingin melakukan hubungan seks ketika berumur 16 tahun kelak.
- Guru itu kemudiannya didakwa menamakan beberapa tempat sebagai pilihan termasuk hotel dan bilik tidur, malah kawasan ‘outdoor’ (luar rumah) sebagai tempat yang boleh dijadikan pilihan.
Ibu bapa di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) bertindak melaporkan seorang guru seni yang mencadangkan kepada pelajarnya bahawa hotel dan luar rumah (outdoor) sebagai tempat mereka boleh menghilangkan perawan.
Kenyataan guru itu diungkapkan ketika kelas mata pelajaran Personal, Social, Health and Economics atau lebih dikenali sebagai PSHE di sebuah sekolah menengah di Timur Yorkshire.
Pelajar sekolah menengah bawah itu didedahkan guru mereka berkenaan perkara itu ketika mereka diberikan penjelasan berkenaan topik perhubungan (relationship), lapor Daily Mail.
Guru pendidikan seni itu juga dilaporkan mengajukan soalan kepada pelajar berumur dalam lingkungan 11 dan 12 tahun dengan bertanya di manakah lokasi pertama mereka ingin melakukan hubungan seks ketika berumur 16 tahun kelak.
Guru itu kemudiannya didakwa menamakan beberapa tempat sebagai pilihan termasuk hotel dan bilik tidur, malah kawasan ‘outdoor’ (luar rumah) sebagai tempat yang boleh dijadikan pilihan.
Perkara itu terbongkar setelah salah seorang pelajar memaklumkan kepada ibu bapa mengenai apa yang berlaku selain menggambarkan kejutan dialami rakan-rakannya di dalam kelas.
Saranan hotel sebagai tempat aktiviti seks kepada kanak-kanak juga perbuatan yang tidak menyenangkan disebabkan banyaknya berlaku kes jenayah seksual terhadap golongan muda di lokasi itu.
Salah seorang ibu kepada pelajar berkata, selain menakutkan anaknya serta rakan-rakannya, kebanyakan pelajar tersebut belum baligh dan perbincangan berkenaannya sesuatu yang membuat mereka malu dan janggal.
Sumber: Daily Mail