Connect with us

Antarabangsa

Guru di UK ajar pelajar 11 dan 12 tahun hilang perawan di hotel, luar rumah

Ibu bapa di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) bertindak melaporkan seorang guru seni yang mencadangkan kepada pelajarnya bahawa hotel dan luar rumah (outdoor) sebagai tempat mereka boleh menghilangkan perawan.

Wartawan TMT

Published

on

Guru di UK ajar pelajar 11 dan 12 tahun hilang perawan di hotel, luar rumah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ibu bapa di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) bertindak melaporkan seorang guru seni yang mencadangkan kepada pelajarnya bahawa hotel dan luar rumah sebagai tempat mereka boleh menghilangkan perawan.
  • Kenyataan guru itu diungkapkan ketika kelas mata pelajaran Personal, Social, Health and Economics atau lebih dikenali sebagai PSHE di sebuah sekolah menengah di Timur Yorkshire.
  • Guru pendidikan seni itu juga dilaporkan mengajukan soalan kepada pelajar berumur dalam lingkungan 11 dan 12 tahun dengan bertanya di manakah lokasi pertama mereka ingin melakukan hubungan seks ketika berumur 16 tahun kelak.
  • Guru itu kemudiannya didakwa menamakan beberapa tempat sebagai pilihan termasuk hotel dan bilik tidur, malah kawasan ‘outdoor’ (luar rumah) sebagai tempat yang boleh dijadikan pilihan.

Ibu bapa di sebuah sekolah di United Kingdom (UK) bertindak melaporkan seorang guru seni yang mencadangkan kepada pelajarnya bahawa hotel dan luar rumah (outdoor) sebagai tempat mereka boleh menghilangkan perawan.

Kenyataan guru itu diungkapkan ketika kelas mata pelajaran Personal, Social, Health and Economics atau lebih dikenali sebagai PSHE di sebuah sekolah menengah di Timur Yorkshire.

Pelajar sekolah menengah bawah itu didedahkan guru mereka berkenaan perkara itu ketika mereka diberikan penjelasan berkenaan topik perhubungan (relationship), lapor Daily Mail.

Guru pendidikan seni itu juga dilaporkan mengajukan soalan kepada pelajar berumur dalam lingkungan 11 dan 12 tahun dengan bertanya di manakah lokasi pertama mereka ingin melakukan hubungan seks ketika berumur 16 tahun kelak.

Guru itu kemudiannya didakwa menamakan beberapa tempat sebagai pilihan termasuk hotel dan bilik tidur, malah kawasan ‘outdoor’ (luar rumah) sebagai tempat yang boleh dijadikan pilihan.

Perkara itu terbongkar setelah salah seorang pelajar memaklumkan kepada ibu bapa mengenai apa yang berlaku selain menggambarkan kejutan dialami rakan-rakannya di dalam kelas.

Saranan hotel sebagai tempat aktiviti seks kepada kanak-kanak juga perbuatan yang tidak menyenangkan disebabkan banyaknya berlaku kes jenayah seksual terhadap golongan muda di lokasi itu.

Salah seorang ibu kepada pelajar berkata, selain menakutkan anaknya serta rakan-rakannya, kebanyakan pelajar tersebut belum baligh dan perbincangan berkenaannya sesuatu yang membuat mereka malu dan janggal.

Sumber: Daily Mail

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending