Connect with us

Antarabangsa

Gara-gara soalan politik LGBT, sidang akhbar Piala Dunia Wanita dihentikan

Gara-gara soalan politik LGBT, sidang akhbar Piala Dunia Wanita dihentikan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gara-gara soalan politik LGBT, sidang akhbar Piala Dunia Wanita dihentikan
Foto: Sidang akhbar Piala Dunia Wanita dihentikan.
  • Seorang wartawan dikritik ramai kerana mengajukan soalan “tidak kena” dan “tidak beretika” ketika sidang akhbar Piala Dunia Wanita yang menyaksikan pertembungan antara Jerman dan Maghribi.
  • Dalam sidang media penampilan sulung Maghribi di Piala Dunia Wanita, kapten pasukannya,  Ghizlane Chebbak telah diajukan soalan daripada wartawan BBC World Service, adakah skuad bola sepak Maghribi mempunyai pemain gay?
  • Soalan itu terus dipotong seorang moderator FIFA yang mengingatkan wakil media bahawa tujuan mereka di situ bukan untuk membincangkan hal berkenaan dengan politik, sebaliknya sukan.

Seorang wartawan dikritik ramai kerana mengajukan soalan “tidak kena” dan “tidak beretika” ketika sidang akhbar Piala Dunia Wanita yang menyaksikan pertembungan antara Jerman dan Maghribi.

Dalam sidang media penampilan sulung Maghribi di Piala Dunia Wanita, kapten pasukannya,  Ghizlane Chebbak telah diajukan soalan daripada wartawan BBC World Service, adakah skuad bola sepak Maghribi mempunyai pemain gay?

“Kita tahu bahawa perkahwinan sejenis (di Maghribi) tidak dibenarkan, apakah ada pemain gay dalam pasukan ini dan apa situasinya bagi mereka,” kata wartawan terbabit dipetik news.com.au.

Soalan itu terus dipotong seorang moderator FIFA yang mengingatkan wakil media bahawa tujuan mereka di situ bukan untuk membincangkan hal berkenaan dengan politik, sebaliknya sukan.

Di Maghribi, hubungan sejenis adalah dilarang dan boleh dikenakan hukuman penjara tiga hingga lima tahun dengan denda 1,200 dirham.

Mengecam tindakan wartawan BBC World Service itu, wartawan The Athletic, Steph Yang berkata, “dari perspektif mengurangkan bahaya, ini bukan soalan yang sesuai untuk pemain dan akan membahayakan pemain itu sendiri”.

Manakala Shireen Ahmed dari CBC Sports menyifatkan soalan itu sebagai agak keterlaluan.

“Perkara mengurangkan bahaya penting dan mengemukakan soalan seumpama itu kepada kapten dan jurulatih adalah tidak perlu,” katanya.

 

Sumber: News.com.au, Mirror

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *