Connect with us

Antarabangsa

Change.org padam petisyen kanak-kanak 12 tahun minta pengasingan tandas

Laman web petisyen popular, Change.org, dilaporkan telah menurunkan petisyen seorang gadis 12 tahun yang meminta sekolahnya menyediakan tandas berasingan mengikut jantina.

Wartawan TMT

Published

on

Change.org padam petisyen kanak-kanak 12 tahun minta pengasingan tandas
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Laman web petisyen popular, Change.org, dilaporkan telah menurunkan petisyen seorang kanak-kanak 12 tahun yang meminta sekolahnya menyediakan tandas berasingan mengikut jantina.
  • Langkah itu dibuat di tengah-tengah kerancakan gelombang keganasan berasaskan jantina yang berlaku di tandas jantina neutral di sekitar UK.
  • Petisyen yang memperoleh lebih 13,000 tandatangan sebelum ia dipadam
  • Tandas jantina neutral telah menjadi topik pertikaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini atas tindakan transgender memasuki ruang tandas yang disediakan bagi wanita sahaja.

Laman web petisyen popular, Change.org, dilaporkan telah menurunkan petisyen seorang gadis 12 tahun yang meminta sekolahnya menyediakan tandas berasingan mengikut jantina.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah kerancakan gelombang keganasan berasaskan jantina yang berlaku di tandas jantina neutral di sekitar UK.

Petisyen tersebut memperoleh lebih 13,000 tandatangan sebelum Change.org memadamkannya.

Foto 1: Tangkap layar ciapan Twitter @mjeslfc

Change.org mendakwa petisyen itu diturunkan  kerana kempen tersebut “dimulakan oleh individu di bawah umur 13 tahun.”

Foto 2: Tangkap Layar ciapan Twitter @mjeslfc

Kanak-kanak berusia 12 tahun itu bagaimanapun memohon rayuan dengan menerangkan keadaan bilik tandas yang mana pelajar perlu kongsi bersama, membuatkan ramai enggan menggunakannya:

“Saya seorang gadis berusia 12 tahun dan sekolah saya, seperti kebanyakan sekolah lain, mempunyai tandas bercampur jantina dengan hanya sinki sebagai pemisah. Ini membuatkan ramai lelaki dan perempuan tidak selesa dan ramai enggan menggunakannya.”

Dia meneruskan dengan mencadangkan agar sekolah mengaplikasikan tandas satu jantina untuk keselesaan para pelajar:

“Saya ingin tandas satu jantina disediakan supaya saya dan ramai kanak-kanak lain berasa selesa dan selamat apabila menggunakan ruangan berbentuk peribadi. Saya cadangkan tandas lelaki yang tersendiri, perempuan yang tersendiri dan tandas bercampur untuk adannya pilihan bagi mereka yang lain.”

Tandas jantina neutral telah menjadi topik pertikaian sejak beberapa tahun kebelakangan ini atas tindakan transgender memasuki ruang tandas yang disediakan bagi wanita sahaja. 

Sumber: Reduxx

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pengawal penjara Israel masukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur warga Palestin sebelum mengaktifkannya – Peguam

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Peguam Palestin, Khaled Mhajne.

Pengawal penjara rejim zionis Israel telah memasukkan muncung alat pemadam api ke dalam dubur seorang warga Palestin yang ditahan sebelum mengaktifkan alat pemadam api itu.

Itu pendedahan Peguam Palestin, Khaled Mhajne mengenai seksaan dilalui tahanan di penjara Israel selepas beliau melawat dua rakyat Palestin yang diculik Israel dari Gaza.

Quds News Network melaporkan tawanan Palestin dalam tahanan Israel berdepan pelbagai bentuk penderaan, termasuk rogol, di tangan tentera Israel di hadapan semua orang, kata Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin pada Isnin.

Dalam sidang akhbar diadakan suruhanjaya itu di Ramallah, Khaled Mhajne yang juga peguam suruhanjaya berkenaan, melaporkan perbualannya dengan wartawan Gaza Al-Araby TV, Mohammed Arab, yang diculik tentera Israel semasa serbuan ke atas Hospital al-Shifa pada 18 Mac lalu.

“Mohammed Arab, wartawan TV Al-Araby, memaklumkan kepada saya tentang kes rogol banduan, termasuk penyeksaan yang dilakukan di hadapan semua orang,” kata Mhajne.

Dalam temu bual dengan TV Al-Araby, Mhajne menceritakan kes Mohammed memaklumkan kepadanya membabitkan seorang tahanan berusia 27 tahun yang dirogol, dipaksa tidur meniarap, diserang anjing polis “dan kemudian dirogol menggunakan alat pemadam api dengan tiubnya dimasukkan ke dalam duburnya”.

Alat pemadam api itu kemudiannya diaktifkan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam badan lelaki malang itu, kata Mhajne.

Mohammed turut melaporkan mengenai seorang tahanan yang baru-baru ini meninggal dunia disebabkan tidak mendapat rawatan perubatan mencukupi.

Mhajne berkata adalah mustahil untuk mengetahui berapa ramai rakyat Palestin dari Gaza telah mati dalam tahanan kerana maklumat itu disembunyikan rejim Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending