Connect with us

Terkini

Tabib mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik

Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.

Wartawan TMT

Published

on

Tabib mengaku tidak bersalah buat hantaran jelik
Foto: Adam M Isa.
  • Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.
  • Adam M Isa, warganegara Singapura didakwa menggunakan saluran YouTube miliknya, secara sedar telah membuat hantaran jelik sifat dengan menggunakan perkataan dajal dengan niat menyakitkan hati Muhammad Abdullah, yang telah melihat video berkenaan di Lorong Bilal, Masjid Tanah.
  • Dia dituduh di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

MELAKA: Seorang tabib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini semalam atas pertuduhan membuat hantaran jelik di sebuah laman sesawang penstriman tahun lepas.

Adam M Isa, 65, warganegara Singapura didakwa menggunakan saluran YouTube miliknya, secara sedar telah membuat hantaran yang jelik sifat dengan menggunakan perkataan dajal dengan niat menyakitkan hati Muhammad Abdullah, 57, yang telah melihat video berkenaan di Lorong Bilal, Masjid Tanah pada 6.51 petang, 30 Jun 2022.

Dia dituduh di bawah Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya Aliff Asraf Anuar Sharuddin mencadangkan jaminan RM20,000 serta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah dan melapor diri kepada polis sebulan sekali.

Peguam Mohd Tajuddin Abdul Razak yang mewakili Adam memohon jaminan dikurangkan kepada RM8,000.

Hakim Darmafikri Abu Adam membenarkan jaminan RM8,000 berserta syarat tambahan dan menetapkan 18 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata pendakwaan dibuat selepas aduan dibuat pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang membaca dan melihat video berdurasi 9 minit 57 saat mengenai seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai tabib.

Hasil siasatan mendapati tabib berkenaan mendakwa JAIM diperguna dan dipengaruhi oleh orang awam untuk mengambil tindakan terhadapnya serta mengatakan dajal bekerja dengan JAIM dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending