Connect with us

Antarabangsa

Sheikh Al-Azhar, Pope Francis akan berucap di Majlis Keselamatan PBB

Imam Besar Pusat Islam Al-Azhar Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayeb akan berucap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu ini.

Wartawan TMT

Published

on

Sheikh Al-Azhar, Pope Francis akan berucap di Majlis Keselamatan PBB
Foto: Imam Besar Pusat Islam Al-Azhar Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayeb (kiri) dan Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Francis (kanan).
  • Imam besar Pusat Islam Al-Azhar Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayeb akan berucap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu ini.
  • Dalam ucapannya pada Rabu, beliau akan bercakap tentang mesej Islam untuk mempromosikan keamanan dan keselamatan di dunia.
  • Beliau juga akan menekankan kepentingan nilai persaudaraan dalam mewujudkan keamanan yang mampan di peringkat global.
  • Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Francis juga akan berucap pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York, Amerika Syarikat (AS) itu.

Imam Besar Pusat Islam Al-Azhar Mesir, Sheikh Ahmed al-Tayeb akan berucap di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada minggu ini.

Dalam ucapannya pada Rabu, beliau akan bercakap tentang mesej Islam untuk mempromosi keamanan dan keselamatan di dunia.

Menurut laporan IQNA, beliau juga akan menekankan kepentingan nilai seperti persaudaraan dalam mewujudkan keamanan mampan di peringkat global.

Selain itu, beliau juga akan menyentuh kewujudan bersama secara aman dan saling menghormati antara penduduk di seluruh dunia dalam ucapannya.

Ketua Gereja Roman Katolik, Pope Francis juga akan berucap pada Mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York, Amerika Syarikat (AS).

Ucapan itu akan disampaikan sebelum sesi peringkat tinggi majlis bertajuk, “Kepentingan Nilai Persaudaraan Manusia dalam Mempromosikan dan Mengekalkan Keamanan”.

Acara itu bakal menjadi mesyuarat pertama seumpamanya dianjurkan Majlis Keselamatan PBB yang dihadiri pemimpin kanan politik dan pembuat keputusan serta pemimpin agama.

Advertisement

Sumber: IQNA

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending