Connect with us

Antarabangsa

Seorang lagi wartawan Palestin ditembak Zionis Israel

Seorang wartawan Palestin, Momen Samreen ditembak tentera Zionis Israel ketika sedang bertugas di Ramallah semalam.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Foto: Wartawan Palestin, Momen Samreen mengalami pendarahan otak dan keadaannya tidak stabil, dia berdarah banyak selepas ditembak.
  • Seorang wartawan Palestin, Momen Samreen ditembak tentera Zionis Israel ketika sedang bertugas di Ramallah semalam
  • Momen sengaja ditembak dalam keadaan lengkap memakai seragam petugas media.
  • Dia kini mengalami pendarahan otak dan kini dalam keadaan yang tidak stabil
  • Kejadian itu dilaporkan seorang wartawan lapangan bebas Palestin, Younis Tirawi yang berkongsi video di Twitternya.
  • Sebelum ini, wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh mati ditembak ketika bertugas di kota Jenin, Tebing Barat Palestin pada 2022.

Seorang wartawan Palestin, Momen Samreen ditembak tentera Zionis Israel ketika sedang bertugas di Ramallah semalam.

Menurut seorang lagi wartawan Palestin, Younis Tirawi, Momen sengaja ditembak dalam keadaan lengkap memakai seragam petugas media.

Younis yang merupakan seorang wartawan lapangan bebas itu berkongsi video kejadian itu menerusi akaun Twitternya.

Dalam video itu, Momen yang sudah ditembak itu dilihat sedang diusung oleh beberapa individu dan petugas media lain.

Momen mengalami pendarahan otak dan kini dalam keadaan yang tidak stabil, demikian perkembangan yang dilaporkan di Twitter Younis setakat ini.

Kejadian petugas media ditembak tentera Zionis bukanlah sesuatu yang baharu.

Terdahulu, wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh mati ditembak ketika bertugas di kota Jenin, Tebing Barat Palestin pada 2022.

Seorang jurukamera Palestin, Muath Armaneh pula terpaksa hidup bergantung pada sebelah mata sahaja akibat mata kirinya ditembak ketika bertugas pada 2019.

Menurut Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa (IHL), petugas media diklasifikasikan sebagai non-combatant yang dikelompokkan sebagai orang awam dan tidak boleh dijadikan sasaran.

Pemakaian jaket tertera perkataan “Press” pula membuktikan mereka memenuhi prinsip distinction bagi membolehkan pihak tentera Israel membezakan mereka dengan penunjuk perasaan. – The Merdeka Times

Sumber: Twitter Younis Tirawi

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati ke Israel

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.
  • Serangan itu merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu, sumber Hizbullah memberitahu Al Jazeera Arabic pada Khamis.
  • Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang dan menyebabkan 15 kebakaran.

Kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah lancar 150 roket dan 30 dron berani mati menyasarkan 15 kedudukan tentera rejim zionis di utara Israel.

Menurut sumber Hizbullah kepada Al Jazeera Arabic semalam, serangan tersebut merupakan serangan terbesar kumpulan itu sejak tercetusnya keganasan antara kedua-dua pihak pada 8 Oktober tahun lalu.

Media Israel melaporkan serangan roket Hizbullah mencederakan sekurang-kurangnya dua orang selain mengakibatkan 15 kebakaran.

Tentera Israel dalam hantaran di platform X berkata “banyak” serangan yang dilepaskan dapat dipintas namun ada diantaranya penyebab tercetusnya kebakaran.

Dalam satu kenyataan rasmi, Hizbullah berkata operasi itu “untuk menyokong ketabahan rakyat Palestin, keberanian dan penentangan penuh bermaruah mereka di Gaza selain tindak balas terhadap pembunuhan dilakukan Zionis di Jouaiyya.”– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending