Connect with us

Terkini

Sampai bila doktor kontrak UD43 kekal dengan gred, tangga gaji sama? – MMA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta memberikan jawapan jelas berhubung kedudukan doktor yang masih dalam status kontrak, sama ada mereka boleh mendapat kenaikan pangkat ke status UD47 dalam masa terdekat.

Wartawan TMT

Published

on

Sampai bila doktor kontrak UD43 kekal dengan gred, tangga gaji sama? – MMA
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta memberikan jawapan jelas berhubung kedudukan doktor yang masih dalam status kontrak, sama ada mereka boleh mendapat kenaikan pangkat ke status UD47 dalam masa terdekat.
  • Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata status quo kini adalah tidak adil buat mereka kerana bagi setiap pembaharuan kontrak, pegawai perubatan ini kekal pada gred UD43 dengan tangga gaji dan kenaikan yang tidak berubah.
  • “Ia sekali gus tidak mengambil kira pengalaman dan tahun perkhidmatan mereka dalam kerajaan walaupun sesetengahnya mempunyai perkhidmatan melebihi lima hingga enam tahun berdasarkan kepakaran yang ada.
  • “JPA juga perlu mengambil kira pegawai perubatan kontrak yang melengkapkan peperiksaan dan memasuki fasa pewartaan kepakaran mereka.
  • “Laluan yang jelas untuk menyerap doktor ini ke dalam perkhidmatan tetap sebagai pakar mesti diumumkan, kerana kebanyakan doktor ini mempunyai pengalaman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta memberikan jawapan jelas berhubung kedudukan doktor yang masih dalam status kontrak, sama ada mereka boleh mendapat kenaikan pangkat ke status UD47 dalam masa terdekat.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata status quo kini adalah tidak adil buat mereka kerana bagi setiap pembaharuan kontrak, pegawai perubatan ini kekal pada gred UD43 dengan tangga gaji dan kenaikan yang tidak berubah.

“Ia sekali gus tidak mengambil kira pengalaman dan tahun perkhidmatan mereka dalam kerajaan walaupun sesetengahnya mempunyai perkhidmatan melebihi lima hingga enam tahun berdasarkan kepakaran yang ada.

“JPA juga perlu mengambil kira pegawai perubatan kontrak yang melengkapkan peperiksaan dan memasuki fasa pewartaan kepakaran mereka.

“Laluan yang jelas untuk menyerap doktor ini ke dalam perkhidmatan tetap sebagai pakar mesti diumumkan, kerana kebanyakan doktor ini mempunyai pengalaman,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr Muruga berkata, bagi pegawai perubatan yang sudah mendapat status tetap, JPA mesti mempertimbangkan tempoh perkhidmatan mereka sejak menjadi pegawai perubatan kontrak bagi kenaikan pangkat dan bukannya menetapkan semula sebagai kakitangan baharu UD43.

Beliau berkata, kriteria pemilihan yang lebih telus dan adil perlu dilakukan untuk pegawai perubatan tetap.

Advertisement

“Kami juga sudah merangka kriteria pemilihan berdasarkan maklum balas ahli kami dan fraterniti perubatan, namun tiada maklum balas daripada kementerian sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, Dr Muruga turut memohon Kementerian Kesihatan (KKM) menyelesaikan isu penempatan eHouseman (eHO) dalam kalangan pegawai perubatan yang didakwa mempunyai beberapa isu khususnya membabitkan perpindahan mereka.

“Doktor mengalami kesukaran mengakses portal eHO, dengan kelewatan sistem menjejaskan proses permohonan semua yang terbabit.

“Pemilihan penempatan dijalankan secara ‘siapa cepat dia dapat’ dengan doktor dibahagikan kepada beberapa fasa pemilihan.

“Bagaimanapun, tidak semua pilihan negeri dan kemudahan perubatan disediakan dalam setiap fasa pemilihan, membawa kepada sistem yang tidak adil dan sebahagiannya berasaskan nasib,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending