Antarabangsa
Samakan keluarga Islam dengan ketuanan kulit putih dan fanatik, Ahli Majlis Daerah Montgomery mohon maaf isu buku LGBTQ+
Ahli Majlis Daerah Montgomery, Kristin Mink (D-Dist. 5) pada Ahad mengeluarkan permohonan maaf atas komennya tentang keluarga dan pelajar Islam.

- Ahli Majlis Daerah Montgomery, Kristin Mink (D-Dist. 5) pada Ahad mengeluarkan permohonan maaf atas komennya tentang keluarga dan pelajar Islam.
- Menurut laporan MOCO 360, komen yang dinyatakan itu merujuk kepada keterangan beliau pada mesyuarat lembaga sekolah yang menentang dasar Sekolah Awam Montgomery County (MCPS), Amerika Syarikat (AS) mengenai buku cerita inklusif LGBTQ+.
- “Saya kesal kerana walaupun kenyataan saya tertumpu pada mempromosikan inklusiviti, namun mereka mewujudkan peluang untuk salah faham dan salah perwatakan. Saya memohon maaf atas kenyataan menyinggung perasaan yang ditimbulkan ini dalam masyarakat Islam,” kata Kristin.
- Pada mesyuarat lembaga sekolah pada 6 Jun lalu, Kristin dilaporkan berkata, “Malangnya, isu ini meletakkan beberapa (tidak semua) keluarga Islam berada di pihak yang sama dengan isu ketuanan kulit putih dan fanatik secara terang-terangan.
Ahli Majlis Daerah Montgomery, Kristin Mink (D-Dist. 5) pada Ahad mengeluarkan permohonan maaf atas komennya tentang keluarga dan pelajar Islam.
Menurut laporan MOCO 360, komen yang dinyatakan itu merujuk kepada keterangan beliau pada mesyuarat lembaga sekolah yang menentang dasar Sekolah Awam Montgomery County (MCPS), Amerika Syarikat (AS) mengenai buku cerita inklusif LGBTQ+.
“Saya kesal kerana walaupun kenyataan saya tertumpu pada mempromosikan inklusiviti, namun ia mewujudkan peluang salah faham dan salah perwatakan. Saya memohon maaf atas kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat Islam,” kata Kristin.
“Walaupun terdapat individu tidak bersetuju tentang isu yang rumit itu, saya komited untuk mencari ruang untuk memupuk dialog tulen dan mencari titik persefahaman.
“Saya duduk untuk mendengar pendapat daripada ahli masyarakat Islam sebelum ucapan saya pada Selasa minggu lalu dan dengan pemimpin Islam Daerah 5 pada Khamis. Saya mendengar dan saya memahami kebimbangan mereka.
“Saya berharap untuk terus bekerjasama dengan ahli komuniti Islam dan LGBTQIA+ kami sambil kami menangani isu-isu penting untuk semua penduduk,” kata Kristin.
Pada mesyuarat lembaga sekolah pada 6 Jun lalu, Kristin dilaporkan berkata, “Malangnya, isu ini meletakkan beberapa (tidak semua) keluarga Islam berada di pihak yang sama dengan isu ketuanan kulit putih dan fanatik secara terang-terangan.
“Bagaimanapun, orang yang saya bercakap di sini hari ini, saya tidak akan meletakkan dalam kategori sama dengan orang-orang itu, anda tahu, ia rumit kerana mereka berada di pihak yang sama dalam isu ini,” katanya.
Dalam pada itu, Council on America-Islamic Relations (CAIR) mengeluarkan kenyataan pada Khamis lalu yang menggesa Kristin memohon maaf atas “kata-kata yang menyinggung dan memperlekeh” mengenai ibu bapa dan pelajar Islam di MCPS.
Sumber: MOCO 360
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas