Terkini
Polis cari penunggang motosikal tunggang arah bertentangan sebabkan kemalangan
Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan dipercayai menjadi punca membabitkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, semalam.

- Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan dipercayai menjadi punca membabitkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, semalam.
- Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian pada pukul 1.10 petang ini.
- Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Ducati Panigale yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an sedang melalui jalan selekoh di lokasi kejadian.
- “Secara tiba-tiba, di hadapan mangsa didatangi sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arah jalan.
- “Justeru, penunggang motosikal jenis kuasa tinggi yang cuba untuk mengelak kenderaan dari arah bertentangan lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.
- Menurut Azam, kesan daripada pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 Meter.
AMPANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang penunggang motosikal yang memandu secara arah bertentangan dipercayai menjadi punca membabitkan kemalangan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 22.2 susur Hulu Klang, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di sini, semalam.
Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian pada pukul 1.10 petang ini.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa motosikal jenis Ducati Panigale yang ditunggang oleh seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an sedang melalui jalan selekoh di lokasi kejadian.
“Secara tiba-tiba, di hadapan mangsa didatangi sebuah motosikal dari arah bertentang di bahu sebelah kanan jalan dalam keadaan melawan arah jalan.
“Justeru, penunggang motosikal jenis kuasa tinggi yang cuba untuk mengelak kenderaan dari arah bertentangan lalu terus melanggar penghadang sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.
Menurut Azam, kesan daripada pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal terhumban dan jatuh ke bawah pada ketinggian lebih kurang 30 Meter.
Tambah beliau, motosikal yang ditunggang mangsa terseret ke tengah jalan dan mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap di belakang pagar Stesen Kawalan Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) Sungai Klang.
“Motosikal yang datang dari arah bertentangan meninggalkan tempat kejadian dan tindakan untuk mengesan sedang dijalankan.
“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah dikenal pasti dan akan diteliti dengan pihak Lebuh Raya SUKE. Saksi bebas kejadian sedang dikesan bagi membantu siasatan,” jelasnya.
Azam memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku berpunca dari kecuaian penunggang motosikal yang tidak dikenal pasti yang memandu secara melulu dan menyebabkan kematian.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya Inspektor Muhamad Yusaiful Muhamat Basir di talian 011-1307 8348,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

- Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
- Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
- Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
- “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
- Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.
“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.
“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.
Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.
Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel.
Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS