Connect with us

Terkini

Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan – Polis

Polis telah selesai merakam percakapan penunggang motosikal yang melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, pada Isnin.

Wartawan TMT

Published

on

Penunggang motosikal lawan arus di SUKE selesai dirakam percakapan – Polis
Foto: Penunggang motosikal melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut.
  • Polis telah selesai merakam percakapan penunggang motosikal yang melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, pada Isnin.
  • Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sejurus dilengkapkan.
  • “Kondisi suspek masih lagi dalam keadaan cedera tetapi stabil.
  • “Sambungan rakaman percakapan saksi seperti operator kamera litar tertutup (CCTV) SUKE dan DUKE juga telah diambil.
  • “Selain itu, kedua-kedua kenderaan terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

KUALA LUMPUR: Polis telah selesai merakam percakapan penunggang motosikal yang melawan arus di jejambat Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sehingga menyebabkan kemalangan maut, pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, kertas siasatan berhubung kes berkenaan akan dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya Selangor sejurus dilengkapkan.

“Kondisi suspek masih lagi dalam keadaan cedera tetapi stabil.

“Sambungan rakaman percakapan saksi seperti operator kamera litar tertutup (CCTV) SUKE dan DUKE juga telah diambil.

“Selain itu, kedua-kedua kenderaan terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan PUSPAKOM dan Jabatan Kimia,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Pada 14 Jun lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE ketika cuba mengelak seorang penunggang motosikal yang melawan arus.

Dalam kejadian jam 1.05 tengah hari itu, mangsa Ahmad Fadzil, 62, dari arah Ampang dalam perjalanan memasuki susur keluar Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Ulu Kelang.

Advertisement

Mangsa yang parah, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menerusi satu rakaman CCTV yang tular, mangsa dilihat menunggang Ducati Panigale di sebuah laluan berselekoh cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang secara melawan arus itu.

Bagaimanapun, motosikal mangsa terbabas melanggar penghadang sebelah kiri jalan dan sebelum mangsa terhumban dari atas jejambat pada ketinggian kira-kira 30 meter manakala motosikalnya terseret ke tengah jalan.

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending