Connect with us

Terkini

Penghutang dipaksa bantu along simbah cat

Trend terbaru “along” kini adalah memaksa penghutang yang tidak mampu membayar balik pinjaman untuk simbah cat di rumah penghutang lain yang belum membayar balik pinjaman.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Penghutang dipaksa bantu along simbah cat
  • Trend terbaru “along” kini adalah memaksa penghutang yang tidak mampu membayar balik pinjaman untuk simbah cat di rumah penghutang lain yang belum membayar balik pinjaman.
  • Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ipoh, ASP Soh Chee Hui berkata bahawa peminjam yang tidak mampu membayar balik hutang akan dipaksa oleh “along” untuk membantu mereka mendapatkan semula hutang sebagai tebusan hutang diri sendiri, lapor Sin Chew Daily.

Trend terbaru “along” kini adalah memaksa penghutang yang tidak mampu membayar balik pinjaman untuk simbah cat di rumah penghutang lain yang belum membayar balik pinjaman.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ipoh, ASP Soh Chee Hui berkata peminjam yang tidak mampu membayar balik hutang akan dipaksa oleh “along” untuk membantu mereka mendapatkan semula hutang sebagai tebusan hutang diri sendiri, lapor Sin Chew Daily.

Katanya, apabila penyimbah cat ditahan polis, mereka mengaku berhutang dengan “along” dan tidak mampu membayarnya. Lalu mereka dipaksa untuk menyimbah cat merah atau sos merah di premis penghutang lain yang gagal bayar hutang.

“Apabila mereka menyimbah cat, mereka akan merakam video dan menghantarnya kepada along untuk membuktikan bahawa mereka telah menyimbah cat,” kata Chee Hui dalam ucapan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah anjuran bersama Parti Tindakan Demokratik Daerah Ipoh Timur dan IPD  Ipoh pada 24 Jun lalu.

Chee Hui berkata pihak polis tidak dapat mengesan kumpulan “along” itu kerana penghutang hanya menerima arahan daripada “along” menerusi aplikasi WhatsApp di telefon bimbit mereka dan tidak pernah berjumpa dengan “along”.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam wang daripada ceti haram ini dan berhati-hati dengan penipuan melalui telefon bimbit serta penipuan cinta (love scam).

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *