Terkini
Penghutang dipaksa bantu along simbah cat
Trend terbaru “along” kini adalah memaksa penghutang yang tidak mampu membayar balik pinjaman untuk simbah cat di rumah penghutang lain yang belum membayar balik pinjaman.

- Trend terbaru “along” kini adalah memaksa penghutang yang tidak mampu membayar balik pinjaman untuk simbah cat di rumah penghutang lain yang belum membayar balik pinjaman.
- Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ipoh, ASP Soh Chee Hui berkata bahawa peminjam yang tidak mampu membayar balik hutang akan dipaksa oleh “along” untuk membantu mereka mendapatkan semula hutang sebagai tebusan hutang diri sendiri, lapor Sin Chew Daily.
Trend terbaru “along” kini adalah memaksa penghutang yang tidak mampu membayar balik pinjaman untuk simbah cat di rumah penghutang lain yang belum membayar balik pinjaman.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ipoh, ASP Soh Chee Hui berkata peminjam yang tidak mampu membayar balik hutang akan dipaksa oleh “along” untuk membantu mereka mendapatkan semula hutang sebagai tebusan hutang diri sendiri, lapor Sin Chew Daily.
Katanya, apabila penyimbah cat ditahan polis, mereka mengaku berhutang dengan “along” dan tidak mampu membayarnya. Lalu mereka dipaksa untuk menyimbah cat merah atau sos merah di premis penghutang lain yang gagal bayar hutang.
“Apabila mereka menyimbah cat, mereka akan merakam video dan menghantarnya kepada along untuk membuktikan bahawa mereka telah menyimbah cat,” kata Chee Hui dalam ucapan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah anjuran bersama Parti Tindakan Demokratik Daerah Ipoh Timur dan IPD Ipoh pada 24 Jun lalu.
Chee Hui berkata pihak polis tidak dapat mengesan kumpulan “along” itu kerana penghutang hanya menerima arahan daripada “along” menerusi aplikasi WhatsApp di telefon bimbit mereka dan tidak pernah berjumpa dengan “along”.
Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam wang daripada ceti haram ini dan berhati-hati dengan penipuan melalui telefon bimbit serta penipuan cinta (love scam).
Sumber: Sin Chew Daily
Terkini
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

- Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
- Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
- “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
- “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.
Sumber : Utusan
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas