Antarabangsa
Paksa wanita Muslim buka tudung, Pejabat Syerif Daerah Kent disaman
The Michigan Chapter of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), sebuah pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, menyaman Pejabat Syerif Daerah Kent kerana anggota mereka didakwa memaksa seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya bagi merakam ‘mugshot’ (gambar wajah individu untuk rekod polis).
- The Michigan Chapter of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), sebuah pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, menyaman Pejabat Syerif Daerah Kent kerana anggota mereka didakwa memaksa seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya bagi merakam ‘mugshot’ (gambar wajah individu untuk rekod polis).
- Menurut The Messenger memetik laporan Michigan News Connection, tuntutan saman itu mendakwa Jannah Hague dari Grand Rapids dipaksa menanggalkan hijab berikutan penahanannya, tetapi dibebaskan kemudiannya.
- Menurut kenyataan akhbar bertarikh 30 Mei lalu, gambar mugshot itu kemudiannya dipaparkan di laman web awam pejabat syerif itu.
The Michigan Chapter of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), sebuah pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, menyaman Pejabat Syerif Daerah Kent kerana anggota mereka didakwa memaksa seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya bagi merakam ‘mugshot’ (gambar wajah individu untuk rekod polis).
Menurut The Messenger memetik laporan Michigan News Connection, tuntutan saman itu mendakwa Jannah Hague dari Grand Rapids dipaksa menanggalkan hijab (tudung) berikutan penahanannya.
Jannah kemudian dibebaskan tanpa tuduhan.
Menurut kenyataan akhbar bertarikh 30 Mei lalu, gambar mugshot itu kemudiannya dipaparkan di laman web awam pejabat syerif itu.
Insiden dimaksudkan itu berlaku pada 8 April lalu apabila Jannah ditangkap Jabatan Syerif Daerah Kent berikutan pertikaian domestik di kediamannya, menurut CAIR.
Jannah didakwa dipaksa menanggalkan hijabnya dengan kehadiran pegawai dan tahanan lelaki apabila dia dibawa ke Penjara Kent County.
Pada mulanya, Jannah dibenar mengambil gambar pengenalannya bersama tudungnya, namun seorang pegawai lelaki dilaporkan memberitahu bahawa dia perlu bergambar kali kedua tanpa hijabnya.
Dalam pada itu, CAIR berkata memaksa Jannah mengambil gambar lain tanpa hijabnya adalah melanggar dasar bertulis pejabat syerif berkenaan pemakaian hijab bagi penganut Islam.
“Wanita Islam mempunyai hak untuk menyatakan hak agama mereka dengan ikhlas walaupun ketika berinteraksi dengan penguatkuasa undang-undang.
“Pegawai penguatkuasa undang-undang yang terlibat dalam penahanan cik Hague memerlukan peningkatan kecekapan agama dan latihan hak untuk memastikan tiada wanita Islam pernah dilucutkan hijabnya di khalayak ramai lagi,” kata Pengarah Eksekutif CAIR-MI, Dawud Walid.
Berikutan pemfailan awal pada 30 Mei lalu, CAIR menyerahkan tuntutan notis bagi mendapatkan pelarasan dan pampasan pada Isnin lalu.
Sumber: The Messenger