Connect with us

Antarabangsa

Paksa wanita Muslim buka tudung, Pejabat Syerif Daerah Kent disaman

The Michigan Chapter of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), sebuah pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, menyaman Pejabat Syerif Daerah Kent kerana anggota mereka didakwa memaksa seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya bagi merakam ‘mugshot’ (gambar wajah individu untuk rekod polis).

Wartawan TMT

Published

on

Paksa wanita Muslim buka tudung, Pejabat Syerif Daerah Kent disaman
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • The Michigan Chapter of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), sebuah pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, menyaman Pejabat Syerif Daerah Kent kerana anggota mereka didakwa memaksa seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya bagi merakam ‘mugshot’ (gambar wajah individu untuk rekod polis).
  • Menurut The Messenger memetik laporan Michigan News Connection, tuntutan saman itu mendakwa Jannah Hague dari Grand Rapids dipaksa menanggalkan hijab berikutan penahanannya, tetapi dibebaskan kemudiannya.
  • Menurut kenyataan akhbar bertarikh 30 Mei lalu, gambar mugshot itu kemudiannya dipaparkan di laman web awam pejabat syerif itu.

The Michigan Chapter of the Council on American-Islamic Relations (CAIR), sebuah pertubuhan hak sivil dan advokasi Islam terkemuka, menyaman Pejabat Syerif Daerah Kent kerana anggota mereka didakwa memaksa seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya bagi merakam ‘mugshot’ (gambar wajah individu untuk rekod polis).

Menurut The Messenger memetik laporan Michigan News Connection, tuntutan saman itu mendakwa Jannah Hague dari Grand Rapids dipaksa menanggalkan hijab (tudung) berikutan penahanannya.

Foto: Jannah Hague.

Jannah kemudian dibebaskan tanpa tuduhan.

Menurut kenyataan akhbar bertarikh 30 Mei lalu, gambar mugshot itu kemudiannya dipaparkan di laman web awam pejabat syerif itu.

Insiden dimaksudkan itu berlaku pada 8 April lalu apabila Jannah ditangkap Jabatan Syerif Daerah Kent berikutan pertikaian domestik di kediamannya, menurut CAIR.

Jannah didakwa dipaksa menanggalkan hijabnya dengan kehadiran pegawai dan tahanan lelaki apabila dia dibawa ke Penjara Kent County.

Pada mulanya, Jannah dibenar mengambil gambar pengenalannya bersama tudungnya, namun seorang pegawai lelaki dilaporkan memberitahu bahawa dia perlu bergambar kali kedua tanpa hijabnya.

Dalam pada itu, CAIR berkata memaksa Jannah mengambil gambar lain tanpa hijabnya adalah melanggar dasar bertulis pejabat syerif berkenaan pemakaian hijab bagi penganut Islam.

“Wanita Islam mempunyai hak untuk menyatakan hak agama mereka dengan ikhlas walaupun ketika berinteraksi dengan penguatkuasa undang-undang.

“Pegawai penguatkuasa undang-undang yang terlibat dalam penahanan cik Hague memerlukan peningkatan kecekapan agama dan latihan hak untuk memastikan tiada wanita Islam pernah dilucutkan hijabnya di khalayak ramai lagi,” kata Pengarah Eksekutif CAIR-MI, Dawud Walid.

Berikutan pemfailan awal pada 30 Mei lalu, CAIR menyerahkan tuntutan notis bagi mendapatkan pelarasan dan pampasan pada Isnin lalu.

Sumber: The Messenger

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Harley Davidson dikecam taja acara LGBT kanak-kanak

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.
  • Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan kempen Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.
  • Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.
  • Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya.
  • Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal ikonik Harley-Davidson dikecam kerana tindakannya menaja acara kelompok songsang LGBTQ, Pride untuk kanak-kanak.

Firma menjana keuntungan $6 bilion setahun itu, yang terkenal dengan imej macho dan memberontak, dilaporkan berdepan tindak balas membabitkan dasar Kepelbagaian, Ekuiti dan Keterangkuman (DEI) mereka.

Pempengaruh dalam talian, Robby Starbuck membuat hantaran video mendedahkan sokongan Harley-Davidson terhadap dasar untuk penjagaan transgender untuk kanak-kanak, teori kritikal bangsa dan mengenepikan orang kulit putih dalam perniagaan.

Menurut Robby, Harley-Davidson meletakkan ‘komitmen penuh’ terhadap dasar DEI di pejabat dan kilang pembuatan motosikal kelas beratnya, lapor Daily Mail.

Ini termasuk pembiayaan acara Pride di Pennsylvania yang diadakan baru-baru ini, dengan acara lukis muka dan putar belon untuk golongan muda serta adanya ‘ruang kemarahan’ (rage room) di mana orang dewasa boleh ‘bertenang,’ (let off steam).

Pembuat motosikal itu dikatakan bekerjasama dengan kumpulan politik yang mendorong idea haluan kiri, termasuk Wisconsin LGBT Chamber of Commerce, United Way dan Kempen Hak Asasi Manusia.

Dengan apa berlaku, wang Harley-Davidson menurutnya mempromosikan prosedur perubahan jantina ke atas kanak-kanak.

Sekitar 1,800 pekerja turut diberikan latihan bagaimana menjadi ‘sekutu LGBTQ+’.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending