Connect with us

Terkini

Pakej RAHMAH Insurans, Takaful serendah RM5 sebulan

Orang ramai terutamanya golongan B40 kini boleh mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kemalangan diri, dengan sumbangan bulanan serendah RM5 atau RM36 setahun termasuk cukai jualan menerusi Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful.

Wartawan TMT

Published

on

Pakej RAHMAH Insurans, Takaful serendah RM5 sebulan
Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah).
  • Orang ramai terutamanya golongan B40 kini boleh mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kemalangan diri, dengan sumbangan bulanan serendah RM5 atau RM36 setahun termasuk cukai jualan menerusi Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pakej perlindungan diri RAHMAH itu, ditawarkan syarikat insurans dan takaful Etiqa General Insurance Bhd dan Etiqa General Takaful Bhd.
  • Beliau berkata pelan insurans kemalangan diri RAHMAH yang ditawarkan itu, termasuklah pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.
  • “Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 hingga 65 tahun, dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta melancarkan pakej perlindungan diri RAHMAH di sini semalam.
  • Pelan yang ditawarkan dan dilancarkan boleh diakses dan dilanggan dengan merujuk kepada laman sesawang https://www.allianz.com.my dan https://www.etiqa.com.my untuk maklumat lanjut.

PUTRAJAYA — Orang ramai terutamanya golongan B40 kini boleh mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kemalangan diri, dengan sumbangan bulanan serendah RM5 atau RM36 setahun termasuk cukai jualan menerusi Pakej RAHMAH Insurans dan Pakej RAHMAH Takaful.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pakej perlindungan diri RAHMAH itu, ditawarkan syarikat insurans dan takaful Etiqa General Insurance Bhd dan Etiqa General Takaful Bhd.

Beliau berkata pelan insurans kemalangan diri RAHMAH yang ditawarkan itu, termasuklah pampasan kepada peserta yang mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan atau penyakit, atau kematian akibat kemalangan dengan perlindungan bernilai sehingga RM80,000.

“Pelan ini layak dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang berusia antara 16 hingga 65 tahun, dan boleh diperbaharui sehingga usia 70 tahun,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta melancarkan pakej perlindungan diri RAHMAH di sini semalam.

Salahuddin berkata Allianz General Insurance Malaysia Bhd juga menawarkan pakej RAHMAH antaranya Insurans PerlindunganKu Allianz4All, yang menawarkan perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM50,000, dengan premium tahunan pada kadar RM53.00 dan RM79.50 termasuk cukai jualan, sekiranya pemegang polisi dimasukkan ke hospital kerajaan akibat sakit atau kemalangan.

Beliau berkata menerusi pakej tersebut, pemegang polisi juga boleh menikmati dua manfaat tambahan iaitu pembayaran balik perbelanjaan perubatan dan bayaran bantuan kecemasan sekiranya berlaku pemindahan banjir sehingga RM750, bergantung kepada pelan yang dipilih tanpa kos tambahan.

Allianz General turut memperkenalkan perlindungan MotorcyclePlus, yang menawarkan perlindungan tambahan seperti kemalangan diri sehingga RM10,000 untuk penunggang dan pembonceng motosikal, serta pendapatan hospital, dilaksanakan melalui polisi insuran kenderaan motosikal berdasarkan kepada kapasiti enjin yang didaftarkan.

Turut diperkenalkan adalah polisi Allianz MotorcyclePlus Komprehensif bagi motosikal dengan kapasiti 250cc dan ke bawah, yang menawarkan perlindungan Peril Khas dan Bantuan Tepi Jalan sehingga 50 kilometer dan Faedah Bantuan Banjir sebanyak RM1,000 tanpa kos, di samping perlindungan sedia ada yang dinikmati oleh pelanggan Allianz MotorcyclePlus.

Salahuddin berkata pakej insurans dan takaful itu, menyasarkan individu terlibat dalam ekonomi gig serta menunggang motosikal seiring dengan Program Payung RAHMAH, agar turut meliputi segmen perlindungan diri dan harta benda seperti kenderaan bermotor.

Beliau berkata pelan yang ditawarkan melalui kedua-dua inisiatif berkenaan, mendorong membantu lebih ramai rakyat terutamanya golongan B40 untuk memiliki perlindungan insurans atau takaful pada masa hadapan, untuk perlindungan diri yang sewajarnya pada harga murah.

Pelan yang ditawarkan dan dilancarkan boleh diakses dan dilanggan dengan merujuk kepada laman sesawang https://www.allianz.com.my dan https://www.etiqa.com.my untuk maklumat lanjut. — BERNAMA

Sumber: Bernama 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Ridhuan Tee persoal NGO Islam hanya membisu ketika Firdaus Wong ‘diserang’

Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
  • Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.
  • Tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.
  • “Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?
  • “Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

KUALA LUMPUR — Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk berkaitan mualaf, yang dilihat hanya ‘diam’ ketika pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung ‘diserang’ atas kenyataannya tentang anak bukan Islam bawah umur boleh memeluk Islam.

Ridhuan Tee berkata tindakan NGO Islam yang tidak tampil membela Firdaus Wong memperlihatkan seolah-olah kenyataan pendakwah bebas itu salah, tidak betul atau bertentangan dengan Islam.

“Beliau nampak begitu keseorangannya. Kita hanya melihat dan menyokong dalam hati sahaja.  Golongan asatizah pun senyap, NGO-NGO Islam senyap. Bila berjumpa atau terserempak, baharulah berkata, “berani sungguh kamu, dan bagus sungguh kamu”. 

“Persoalan saya, sampai bila kita harus begini? Sampai bila mahu berdiam diri? Ini bumi siapa? Menyokong perjuangan hanya dari hati, mulut? Mulut, tangan kaki, letak mana? Takkan semua nak diam? Nak cerita pasal kesucian Islam, kena minta kebenaran?

“Sebenarnya, itulah yang saya hadapi selama ini. Sangat keseorangan. Mempertahankan kemuliaan Islam, tetapi orang pandang sebelah mata. Cari makan. Ada aku kisah?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa pihak bukan Islam, termasuk Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan bertindak terhadap pempengaruh dan pendakwah bebas itu.

Ini susulan tindakan Firdaus Wong memuat naik video di TikTok yang memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Firdaus Wong antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan. 

Mengulas isu pendaftaran mualaf, Ridhuan Tee berkata ia adalah prosedur dan boleh dilakukan kemudian apabila individu tersebut sudah cukup usia, namun keinginan atau niat individu itu mahu memeluk Islam mesti ditunaikan terlebih dahulu meskipun masih di bawah umur atau masih di bawah jagaan ibu bapa.

Beliau mempersoalkan dalam Islam siapa yang boleh menahan atau mahu menahan sekiranya ada individu, termasuk kanak-kanak bawah umur atau pelajar sekolah rendah mahupun menengah yang ingin memeluk Islam.

Katanya, hanya undang-undang Malaysia atau perlembagaan sahaja tidak membenarkan kelompok bawah umur memeluk Islam tanpa kebenaran ibu bapa melainkan mereka sudah mencapai umur 18 tahun dan ke atas.

“Proses pengIslaman tidak perlu kepada pendaftaran. Syahadahkan dia dahulu. Takkan strategi sebegini pun kita takut. Ini bumi siapa asal usulnya? Agama Islam berada dalam kedudukan di mana mengikut perlembagaan Persekutuan? 

“Apakah selepas ini kita menjadi tidak berani untuk berdakwah kepada pelajar bukan Islam di bawah umur? 

“Orang Kristian atau misionari Kristian relaks sahaja berdakwah kepada pelajar bawah umur, boleh pula. 

“Bila kena pada kita, berkaitan dengan Islam, semua tidak boleh, termasuk berdakwah kepada mereka di bawah umur,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending