Terkini
Lawak hina Malaysia, Pesuruhjaya Tinggi Singapura mohon maaf
Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang mempermainkan sentimen MH370 dan Malaysia secara melampau dalam komedirinya (stand up comedy).
- Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang mempermainkan sentimen MH370 dan Malaysia secara melampau dalam komedirinya (stand up comedy).
- Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata kerajaan Singapura juga tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan dan perlakuan yang berpotensi menyakiti mana-mana pihak.
- Beliau mengakui terkejut dengan kenyataan menyinggung perasaan dikeluarkan Jocelyn Chia yang juga bekas warga Singapura.
- “I sincerely apologise to all Malaysians for her hurtful remarks,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Singapura di Johor Baharu, di sini hari ini.
- Semalam, The Merdeka Times (TMT) melaporkan mengenai tindakan melampau pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan pesawat MH370 dan merendahkan Malaysia sebagai negara membangun berbanding Singapura yang disifatkannya sebagai negara dunia pertama.
KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia memohon maaf kepada rakyat negara ini atas tindakan pelawak berasal dari Singapura, Jocelyn Chia yang mempermainkan sentimen MH370 dan Malaysia secara melampau dalam komedirinya (stand up comedy).
Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata kerajaan Singapura juga tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan dan perlakuan yang berpotensi menyakiti mana-mana pihak.
Beliau mengakui terkejut dengan kenyataan menyinggung perasaan dikeluarkan Jocelyn Chia yang juga bekas warga Singapura.
“I am appalled by the gratuitously offensive comments made by stand-up performer Jocelyn Chia.
“The Singapore Government does not condone words or actions that cause harm or hurt to others and Chia, who is no longer Singaporean, does not in any way reflect our views.
“I sincerely apologise to all Malaysians for her hurtful remarks,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasmi Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Singapura di Johor Baharu, di sini hari ini.
Sebagai jiran bersama, Pesuruhjaya Tinggi Singapura itu menegaskan komentar sedemikian merendahkan hubungan rapat dan persahabatan antara kedua-dua negara.
“Comments such as those made by Chia are unhelpful and undermine the close trust and friendship that both our countries and peoples enjoy,” katanya.
Semalam, The Merdeka Times (TMT) melaporkan mengenai tindakan melampau pelawak komediri dari Singapura itu yang didakwa menghina Malaysia dengan membuat kenyataan tidak sensitif melibatkan insiden kehilangan pesawat MH370 dan merendahkan Malaysia sebagai negara membangun berbanding Singapura yang disifatkannya sebagai negara dunia pertama.
Difahamkan, bekas peguam itu membuat ‘lawak’ tersebut ketika persembahannya di kelab Comedy Cellar di AS dan video persembahan itu tular di Twitter dan Tiktok serta dimuat naik di Instagramnya sendiri.
Pada 8 Mac 2014, pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 239 kru dan penumpang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing, namun hilang daripada skrin radar kira-kira dua jam setelah berlepas. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Singapore High Commission in KL and Consulate-General