Connect with us

Terkini

Jocelyn dedikasikan lawaknya untuk Lee Kuan Yew

Pelawak komediri (stand up comedy), Jocelyn Chia berkata lawaknya mengenai ‘Malaysia vs Singapura’ yang menimbulkan kontroversi didedikasikan kepada bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Adam Tan

Published

on

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter Jocelyn Chia sebelum akaunnya disekat.
  • Pelawak komediri, Jocelyn Chia berkata lawaknya mengenai ‘Malaysia vs Singapura’ yang menimbulkan kontroversi didedikasikan kepada bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.
  • Jocelyn dalam ciapannya di Twitter dipetik Sin Chew Daily berkata, Singapura tidak akan mencapai kejayaan hari ini tanpa mendiang Lee Kuan Yew.
  • Walaupun akaun Twitter Jocelyn telah disekat, sebuah tangkap layar hantarannya mengenai dedikasi itu telah diviralkan.
  • The Merdeka Times pada Rabu melaporkan Jocelyn Chia didakwa membuat lawak tidak sensitif dengan melibatkan insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.

Pelawak komediri (stand up comedy), Jocelyn Chia berkata lawaknya mengenai ‘Malaysia vs Singapura’ yang menimbulkan kontroversi didedikasikan kepada bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Jocelyn dalam ciapannya di Twitter dipetik Sin Chew Daily berkata, Singapura tidak akan mencapai kejayaan hari ini tanpa mendiang Lee Kuan Yew.

Walaupun akaun Twitter Jocelyn telah disekat, sebuah tangkap layar hantarannya mengenai perkara itu telah diviralkan.

Pelawak wanita itu berkata bahagian paling lawak pada malam itu adalah apabila seorang penonton Malaysia berkata dia tiba di New York dengan menaiki pesawat Singapore Airlines.

The funniest part was after my set the host asked the Malaysians how they got it New York and they replied ‘we flew Singapore Airlines’,” katanya.

Foto: Tangkap layar ciapan Twitter Jocelyn Chia sebelum akaunnya disekat.

The Merdeka Times (TMT) pada Rabu melaporkan Jocelyn Chia didakwa membuat lawak tidak sensitif dengan melibatkan insiden pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014 dan merendahkan Malaysia yang dikategorikan negara membangun sedangkan Singapura menjadi negara dunia pertama.

Semalam akaun Twitter dan Instagram Jocelyn didapati ‘hilang sementara’ selepas menerima kecaman ramai, namun semakan TMT mendapati akaun Instagram pelawak wanita itu boleh diakses seperti biasa hari ini. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending