Connect with us

Antarabangsa

Ibu hamil maut ditembak anak dua tahun terjumpa pistol suaminya

Seorang wanita dan bayi dalam kandungannya maut ditembak anak lelakinya yang berusia dua tahun di kediaman mereka di Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Wartawan TMT

Published

on

Ibu hamil maut ditembak anak dua tahun terjumpa pistol suaminya
Foto: Mangsa, Laura Ilg, 31,  yang sedang hamil 33 minggu.
  • Laura Ilg, 31, yang sedang hamil 33 minggu maut ditembak anak lelakinya yang berusia dua tahun di kediaman mereka di Ohio, Amerika Syarikat (AS).
  • Anaknya masuk ke bilik tidur utama ketika dia sedang mencuci pakaian lalu bermain dengan pistol yang dijumpainya.
  • Pistol itu dikatakan milik suaminya, Alek Ilg yang sedang bekerja ketika kejadian.

Seorang wanita dan bayi dalam kandungannya maut ditembak anak lelakinya yang berusia dua tahun di kediaman mereka di Ohio, Amerika Syarikat (AS).

Laura Ilg, 31,  yang sedang hamil 33 minggu menghubungi polis pada petang 16 Jun lalu melaporkan yang anaknya terjumpa pistol milik suaminya dan menembaknya dari belakang.

Setibanya pegawai penyelamat yang menendang pintu rumahnya, Laura ditemui di bilik tingkat atas dalam keadaan masih sedar bersama anaknya, bersebelahan pistol itu.

Menurut Ketua Polis Norwalk David Smith, Laura sempat memberitahu yang anaknya masuk ke bilik tidur utama ketika dia sedang mencuci pakaian lalu bermain dengan pistol yang dijumpainya.

Pistol itu dikatakan milik suaminya, Alek Ilg yang sedang bekerja ketika kejadian.

Susulan insiden itu, Laura dikejarkan ke hospital di mana doktor melakukan pembedahan caesarean untuk menyelamatkan bayi.

Bagaimanapun, bayi lelakinya gagal diselamatkan dan Laura pula meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Advertisement

Di lokasi kejadian, pegawai merampas pistol semi automatik Sig Sauer P365 Nitro Micro-Compact bersama kelongsong peluru.

Polis juga memberitahu yang pistol itu disimpan di dalam meja di bilik tidur utama sepertimana dimaklumkan Laura.

Rumah mereka juga dilihat mempunyai banyak ciri keselamatan kanak-kanak, termasuk pintu pagar bayi di setiap pintu.

Selain itu, polis juga menemui senapang patah 12 tolok berpeluru di dalam almari dan senapang Carbine AirSoft di bilik komputer ketika menggeledah rumah tersebut.

Kes itu dimajukan ke Pejabat Pendakwa Daerah Huron, yang akan mempertimbang keperluan memfailkan pertuduhan jenayah.

Polis juga sedang menyiasat kefungsian pistol itu dan bagaimana kanak-kanak berusia dua tahun boleh menarik picunya.

Advertisement

Kanak-kanak berkenaan kini kekal di bawah jagaan Alex yang masih bersedih dengan kematian isteri dan anaknya yang belum lahir.

Sig Sauer selaku syarikat pistol itu, berdepan banyak tindakan undang-undang daripada penguatkuasa dan individu yang mendakwa pistol mereka tidak berfungsi dengan baik dan mengakibatkan banyak kesilapan yang membawa kepada kecederaan dan kematian.

Sumber: Huffpost

Author

Antarabangsa

AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel

Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
  • Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
  • Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.

Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.

Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.

Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.

Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Advertisement

Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending