Antarabangsa
Empat cedera insiden dua kumpulan berebut masjid di Uttar Pradesh
Empat individu cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan masyarakat Islam ekoran perebutan sebuah masjid di Bahraich, Uttar Pradesh (UP), India.

- Empat individu cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan masyarakat Islam ekoran perebutan sebuah masjid di Bahraich, Uttar Pradesh (UP), India.
- Kedua-dua kumpulan orang Islam bermazhab Deobandi dan Barelvi itu bersemuka untuk pemilikan sebuah masjid di Gram Panchayat Achaulia di bawah bidang kuasa Balai Polis Ranipur.
- Menurut penduduk kampung, pendaftaran masjid itu adalah atas nama Deobandi dan kumpulan tersebut memiliki masjid tersebut tapi turut dituntut kumpulan Barelvi.
BAHRAICH: Empat individu cedera dalam pertempuran antara dua kumpulan masyarakat Islam ekoran perebutan sebuah masjid di Bahraich, Uttar Pradesh (UP), India.
Menurut laporan Times of India, polis yang tiba di tempat kejadian dan menenangkan keadaan, memulakan siasatan selepas mendaftarkan kes terhadap lapan individu dari kedua-dua belah pihak.
Selain itu, rakaman video insiden itu juga didedahkan.
Kedua-dua kumpulan orang Islam yang bermazhab Deobandi dan Barelvi itu bersemuka untuk pemilikan sebuah masjid di Gram Panchayat Achaulia di bawah bidang kuasa Balai Polis Ranipur.
Menurut penduduk kampung, pendaftaran masjid itu adalah atas nama Deobandi dan kumpulan tersebut memiliki masjid tersebut.
Bagaimanapun, ahli mazhab Barelvi turut membuat tuntutan ke atas rumah ibadat umat Islam itu.
Superintendan Polis (SP) Bahraich, Prashant Verma berkata, kes berhubung pemilikan masjid itu masih tertunda di mahkamah tinggi.
Sumber: Times of India
Antarabangsa
Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

- Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
- Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
- Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
- “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
- Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.
Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.
“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.
Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Antarabangsa2 days ago
Israel akui sukar tewaskan Hamas
-
Antarabangsa2 days ago
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS