Connect with us

Terkini

Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan

Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.
  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

KOTA KINABALU – Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Katanya, kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menambah elaun tersebut.

Ketika ini guru KAFA dan Imam Rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850, yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author