Terkini
Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan
Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.
- Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.
- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
KOTA KINABALU – Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan berkata bayaran elaun itu akan dibuat menerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Katanya, kerajaan negeri juga sedang menimbang untuk menambah elaun tersebut.
Ketika ini guru KAFA dan Imam Rawatib di Sabah menerima bayaran elaun bulanan masing-masing RM1,100 dan RM850, yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja dan tidak tertakluk dengan gaji minimum. – BERNAMA
Sumber: Bernama
Antarabangsa
Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
- Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
- Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
- Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria.
Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.
Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.
Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.
Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times