Antarabangsa
AS beri amaran terhadap LGBT yang mahu ke Uganda
Amerika Syarikat (AS) mengemas kini amaran perjalanan untuk rakyatnya yang ingin pergi ke Uganda berikutan negara itu sudah mula melaksanakan undang-undang anti-LGBT.
- Amerika Syarikat (AS) mengemas kini amaran perjalanan rakyatnya ingin pergi ke Uganda berikutan negara itu sudah mula melaksanakan undang-undang anti-LGBT.
- “Bagi mengelakkan kejadian jenayah, keganasan dan diskriminasi terhadap golongan LGBT, pertimbangkan keperluan untuk perjalanan ke Uganda,” menurut amaran dikeluarkan.
- Washington menegaskan, Akta Anti-Homoseksual dilaksanakan di negara ini meningkatkan risiko terhadap golongan LGBT dan mereka yang menyokong budaya itu.
- Presiden Uganda, Yoweri Museveni menandatangani undang-undang itu pada 29 Mei lalu, menyaksikan banyak kumpulan hak asasi manusia mengecam, termasuk negara Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
KAMPALA: Amerika Syarikat (AS) mengemas kini amaran perjalanan untuk rakyatnya yang ingin pergi ke Uganda berikutan negara itu sudah mula melaksanakan undang-undang anti-LGBT.
“Bagi mengelakkan kejadian jenayah, keganasan dan diskriminasi terhadap golongan LGBT, pertimbangkan keperluan untuk perjalanan ke Uganda,” menurut amaran yang dikeluarkan.
Washington menegaskan, Akta Anti-Homoseksual yang dilaksanakan di negara ini meningkatkan risiko terhadap golongan LGBT dan mereka yang menyokong budaya itu.
Presiden Uganda, Yoweri Museveni menandatangani undang-undang tersebut pada 29 Mei lalu, menyaksikan banyak kumpulan hak asasi manusia mengecam, termasuk negara Barat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menerusi undang-undang itu, golongan lelaki yang didapati bersalah melakukan hubungan seks sejenis apabila dijangkiti HIV positif boleh dihukum mati.
Selain itu, pihak berkuasa AS juga mengingatkan golongan tersebut mengenai kesan yang mungkin dihadapi jika disabit bersalah di negara ini menerusi undang-undang berkenaan.
“Berhati-hati jika mahu pergi ke Uganda kerana mereka yang menyokong atau terlibat dalam LGBT mungkin berdepan dengan keganasan, dipenjara, diperas ugut dan sebagainya,” jelas notis yang dikeluarkan pihak berkuasa AS.
Sumber: Utusan Malaysia