Connect with us

Terkini

Aidiladha: PLUS aktifkan smartlane di lima lokasi bantu lancarkan trafik

Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan ‘SmartLane’ di lima lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku semasa cuti perayaan Aidiladha.

Wartawan TMT

Published

on

Aidiladha: PLUS aktifkan smartlane di lima lokasi bantu lancarkan trafik
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan ‘SmartLane’ di lima lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku semasa cuti perayaan Aidiladha.
  • Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata SmartLane akan diaktifkan di laluan terpilih antara Persimpangan Port Dickson ke Persimpangan Seremban antara kilometer (km) 260.0 hingga KM263.1 arah utara dan Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Bertingkat Kulai antara KM19.0 hingga KM27. 0 arah utara.
  • Lokasi lain termasuk laluan Gua Tempurung ke Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara), laluan Sungai Slim ke Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 – Arah Utara), dan laluan Kawasan Rehat dan Rawat Rawang-Persimpangan Sungai Buaya (KM439.9 hingga KM435.5 – Arah Utara).

KUALA LUMPUR — Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan mengaktifkan laluan ‘SmartLane’ di lima lokasi kritikal di sepanjang lebuh raya kendaliannya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku semasa cuti perayaan Aidiladha.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata SmartLane akan diaktifkan di laluan terpilih antara Persimpangan Port Dickson ke Persimpangan Seremban antara kilometer (km) 260.0 hingga KM263.1 arah utara dan Persimpangan Senai Utara ke Persimpangan Bertingkat Kulai antara KM19.0 hingga KM27. 0 arah utara.

Lokasi lain termasuk laluan Gua Tempurung ke Gopeng (KM306.7 hingga KM297.0 – Arah Utara), laluan Sungai Slim ke Sungkai (KM367.3 hingga KM354.1 – Arah Utara), dan laluan Kawasan Rehat dan Rawat Rawang-Persimpangan Sungai Buaya (KM439.9 hingga KM435.5 – Arah Utara).

“Di lokasi SmartLane ini, pengguna lebuh raya akan dibenarkan masuk dan memandu buat sementara waktu di lorong kecemasan sebelum diarahkan masuk semula ke lorong utama untuk meneruskan perjalanan.

“Bagaimanapun, pengguna dilarang sama sekali memandu di lorong kecemasan di lokasi lain di mana SmartLane tidak diaktifkan,” menurut PLUS dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata PLUS juga secara proaktif membuat persiapan lain untuk menguruskan lonjakan trafik melalui pelbagai pendekatan untuk memastikan pengguna lebuh raya dapat menikmati perjalanan yang lebih selamat dan lancar semasa musim perayaan.

“Kami menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan berada di lebuh raya kendalian PLUS terutamanya pada hari puncak iaitu 28 Jun (Rabu) dan 1 Julai (Sabtu) iaitu peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding 1.7 juta kenderaan sehari berbanding hari-hari biasa sempena Aidiladha kali ini,” katanya.

Advertisement

Antara langkah yang diambil untuk menangani lonjakan trafik termasuk meningkatkan pasukan PLUSRonda untuk menjalankan rondaan tambahan di lebuh raya dan menggantung sementara kerja-kerja penyelenggaraan jalan antara tempoh 24 Jun dan 3 Julai dengan pengecualian terhadap kerja-kerja penyelenggaraan dan kecemasan yang memerlukan tindakan segera demi keselamatan pengguna.

“PLUS juga mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA). Jadual TTA boleh dirujuk di laman web PLUS atau semua saluran media sosial PLUS.

“…dan menyediakan makluman trafik terkini menerusi paparan papan tanda elektronik lebuh raya, stesen-stesen radio, Twitter PLUSTrafik, media social dan Chatbot PUTRI,” menurut kenyataan itu.

PLUS turut menasihati pengguna lebuh raya agar memastikan mereka menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya untuk mengelakkan berlaku kesulitan di plaza tol. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending