Connect with us

Antarabangsa

Rakyat Mesir tidak mampu lakukan ibadah korban kerana masalah ekonomi

Harga ternakan melambung akibat inflasi tinggi dan kejatuhan nilai mata wang menjejaskan persediaan sambutan Aidiladha rakyat Mesir, sekali gus menyaksikan perayaan itu bakal diraikan dalam suasana suram.

Wartawan TMT

Published

on

Rakyat Mesir tidak mampu lakukan ibadah korban kerana masalah ekonomi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Harga ternakan melambung akibat inflasi tinggi dan kejatuhan nilai mata wang menjejaskan persediaan sambutan Aidiladha rakyat Mesir, sekali gus menyaksikan perayaan itu bakal diraikan dalam suasana suram.
  • Menjadi tradisi Islam, keluarga kaya dan sederhana akan menyembelih haiwan yang biasanya biri-biri atau lembu dan berkongsi daging dengan keluarga, saudara mara, rakan dan orang miskin.
  • Walaupun kebiasaan golongan berada di Mesir gemar melakukan upacara korban itu, mereka kini lebih cenderung membeli secara berkumpulan kerana mereka tidak lagi mampu membeli seekor haiwan secara bersendirian seperti sebelum ini.
  • “Tahun ini mencatatkan jualan paling rendah,” kata seorang peniaga haiwan, Hassan Mohamed yang jualan lembunya merosot dua pertiga kepada 20 sehari berbanding tahun lalu.
  • Lebih ramai pembeli memilih haiwan lebih kecil seperti kambing atau biri-biri, berbanding haiwan besar seperti lembu, kerana harga sekilogram daging lembu dengan tulang meningkat lebih dua kali ganda kepada 145 pound (AS$4.7 atau RM21.98) berbanding tahun lalu, 70 pound (RM10.64).

KAHERAH: Harga ternakan melambung akibat inflasi tinggi dan kejatuhan nilai mata wang menjejaskan persediaan sambutan Aidiladha rakyat Mesir, sekali gus menyaksikan perayaan itu bakal diraikan dalam suasana suram.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Aidiladha atau Hari Raya Korban bermula 28 Jun ini adalah sambutan dinanti-nantikan di negara Islam.

Menjadi tradisi Islam, keluarga kaya dan sederhana akan menyembelih haiwan yang biasanya biri-biri atau lembu dan berkongsi daging dengan keluarga, saudara mara, rakan dan orang miskin.

Walaupun kebiasaan golongan berada di Mesir gemar melakukan upacara korban itu, mereka kini lebih cenderung membeli secara berkumpulan kerana mereka tidak lagi mampu membeli seekor haiwan secara bersendirian seperti sebelum ini.

Memetik laporan Xinhua, seorang pemilik kedai di Kaherah, Waleed Azouz 66, berkata dia memutuskan untuk membahagikan kos seekor lembu dengan dua yang lain tahun ini.

Warga emas itu yang mengikuti tradisi penyembelihan haiwan selama 40 tahun, akan mengagihkan bahagian daging lembunya kepada 25 pekerja wanitanya yang berpendapatan rendah ketika perayaan itu.

AL-Maashy yang terletak di pinggir Giza Governorate di barat daya ibu kota Kaherah, antara pasar ternakan terbesar di Mesir.

Walaupun sibuk dengan peniaga ternakan, pasar itu menyaksikan kejatuhan mendadak pembeli dan jualan keseluruhan berbanding tahun lalu.

“Tahun ini mencatatkan jualan paling rendah,” kata seorang peniaga haiwan, Hassan Mohamed yang jualan lembunya merosot dua pertiga kepada 20 sehari berbanding tahun lalu.

Katanya, lebih ramai pembeli memilih haiwan lebih kecil seperti kambing atau biri-biri, berbanding haiwan besar seperti lembu, kerana harga sekilogram daging lembu dengan tulang meningkat lebih dua kali ganda kepada 145 pound (AS$4.7 atau RM21.98) berbanding tahun lalu, 70 pound (RM10.64).

Kata peniaga itu, kebanyakan tawaran dalam pasaran dimuktamadkan dengan beberapa pembeli berkongsi pembelian seekor haiwan dengan kebanyakannya terdiri daripada satu keluarga dan membahagikan harga keseluruhannya.

Menurut Naib Presiden Cawangan Dewan Perdagangan Daging Kaherah, Haitham Abdel Basset, berkata jualan haiwan korban merosot sebanyak 80 peratus berbanding setahun sebelumnya.

Basset mengaitkan kenaikan harga haiwan, terutama lembu, yang harga puratanya anggaran antara 50,000 (RM7,598) hingga 80,000 pound (RM12,156) dengan peningkatan kos bahan utama makanan haiwan iaitu bijirin gandum dan jagung yang sebahagian besarnya diimport dari Russia dan Ukraine.

Ini berikutan satu tan dedak kini berharga 10,000 paund (RM1,519), lonjakan 10 kali ganda dari tujuh tahun lalu, menyebabkan banyak ladang tidak mampu untuk beroperasi, kata pakar itu.

Untuk mengatasi harga yang tidak pernah berlaku sebelum ini, sebilangan rakyat Mesir kelas pertengahan lebih suka membeli daging lembu sejuk beku daripada kedai-kedai subsidi kerajaan berbanding daging segar.

Beliau berkata, faktor pembiakan, penyembelihan, dan penjualan haiwan serta penggajian sekurang-kurangnya 30 orang menyumbang kenaikan kos.

Sehubungan itu, Basset menggesa kerajaan mencari penyelesaian untuk mengatasi perniagaan suram dalam pasaran ternakan.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending