Antarabangsa
40 hari hilang di Amazon, empat beradik mangsa nahas pesawat ditemui selamat
Empat beradik yang dilaporkan hilang selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh tentera Colombia pada Jumaat lepas.

- Empat beradik yang hilang selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh tentera Colombia pada Jumaat lepas.
- Mereka ditemui berdekatan sempadan daerah Guaviare dan Caqueta, tidak jauh dari lokasi pesawat Cessna itu terhempas akibat kegagalan enjin pada 1 Mei lalu yang mengorbankan juruterbang dan Ibu bapa kanak-kanak tersebut.
- Kanak-kanak suku Huitoto yang berumur 13 tahun, sembilan tahun, empat tahun dan 12 bulan itu bertahan di dalam hutan Amazon selama hampir enam minggu.
- Tentera Colombia mengumumkan penemuan mereka menerusi Twitter pada Jumaat malam dengan berkongsi imej pasukan penyelamat bersama mereka berempat.
- Misi menyelamat kanak-kanak itu melibatkan sekurang-kurangnya 150 tentera Colombia, termasuk beberapa pesawat tentera serta helikopter.
Empat beradik yang dilaporkan hilang selepas pesawat dinaiki mereka terhempas di hutan Amazon lebih sebulan lalu ditemui selamat oleh tentera Colombia pada Jumaat lepas.
Mereka ditemui berdekatan sempadan daerah Guaviare dan Caqueta, tidak jauh dari lokasi pesawat Cessna itu terhempas akibat kegagalan enjin pada 1 Mei lalu yang mengorbankan juruterbang dan Ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak suku Huitoto yang berumur 13 tahun, sembilan tahun, empat tahun dan 12 bulan itu bertahan di dalam hutan Amazon selama hampir enam minggu, lapor RT.
Dua beradik tertua daripada keempat mereka dikatakan memiliki kemahiran kelangsungan hidup di dalam hutan.
Tentera Colombia mengumumkan penemuan mereka menerusi Twitter pada Jumaat malam dengan berkongsi imej pasukan penyelamat bersama mereka berempat.
Keadaan kesihatan mereka tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi Presiden Colombia memberitahu wartawan bahawa kanak-kanak terbabit ditemui dalam keadaan “lemah” tetapi diberikan perhatian kesihatan sewajarnya.
Misi menyelamat kanak-kanak itu melibatkan sekurang-kurangnya 150 tentera Colombia, termasuk beberapa pesawat tentera serta helikopter.
Selain menjatuhkan makanan di tempat yang dipercayai kanak-kanak itu berlegar dan penyalaan suar malam, pasukan penyelamat juga memainkan suara nenek kanak-kanak tersebut untuk menarik perhatian mereka sewaktu misi mencari masih berjalan.
Sumber: RT
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas