Connect with us

Antarabangsa

20 orang awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur

Sekurang-kurangnya 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

20 orang awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.
  • Gabenornya, Nimir Abdulrahman memberitahu Agensi Anadolu bahawa penyerang yang menaiki kenderaan SUV dan motosikal bertindak melepaskan tembakan ke atas orang awam di bandar Kutum, pada Ahad malam.
  • Namun, Abdulrahman tidak menolak kemungkinan bahawa serangan itu mempunyai kaitan dengan pergolakan berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.

Gabenornya, Nimir Abdulrahman memberitahu Agensi Anadolu bahawa penyerang yang menaiki kenderaan SUV dan motosikal bertindak melepaskan tembakan ke atas orang awam di bandar Kutum, pada Ahad malam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai serangan terbabit, disebabkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan itu.

Namun, Abdulrahman tidak menolak kemungkinan bahawa serangan itu mempunyai kaitan dengan pergolakan berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.

Sekurang-kurangnya 863 orang awam terbunuh manakala ribuan lagi cedera sejak tercetusnya konflik pada 15 April, menurut pasukan perubatan tempatan.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *