Antarabangsa
20 orang awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur
Sekurang-kurangnya 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.

- Sekurang-kurangnya 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.
- Gabenornya, Nimir Abdulrahman memberitahu Agensi Anadolu bahawa penyerang yang menaiki kenderaan SUV dan motosikal bertindak melepaskan tembakan ke atas orang awam di bandar Kutum, pada Ahad malam.
- Namun, Abdulrahman tidak menolak kemungkinan bahawa serangan itu mempunyai kaitan dengan pergolakan berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.
KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 20 warga awam terbunuh dalam serangan bersenjata di Darfur Utara barat Sudan.
Gabenornya, Nimir Abdulrahman memberitahu Agensi Anadolu bahawa penyerang yang menaiki kenderaan SUV dan motosikal bertindak melepaskan tembakan ke atas orang awam di bandar Kutum, pada Ahad malam.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai serangan terbabit, disebabkan gangguan perkhidmatan telekomunikasi di kawasan itu.
Namun, Abdulrahman tidak menolak kemungkinan bahawa serangan itu mempunyai kaitan dengan pergolakan berterusan antara tentera dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.
Sekurang-kurangnya 863 orang awam terbunuh manakala ribuan lagi cedera sejak tercetusnya konflik pada 15 April, menurut pasukan perubatan tempatan.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

- Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
- Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
- “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
- Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
- Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.
Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.
The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times
Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas