Terkini
Tiada alasan benarkan keganasan fizikal, mental terhadap kanak-kanak – Che’ Puan Besar Khaleeda
Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam semalam menegaskan tiada alasan untuk membenarkan keganasan fizikal atau mental terhadap kanak-kanak.

- Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam semalam menegaskan tiada alasan untuk membenarkan keganasan fizikal atau mental terhadap kanak-kanak.
- Justeru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu bertitah, jenayah berkenaan harus ditangani menerusi segala kaedah mengikut undang-undang serta penguatkuasaan yang ditetapkan.
- Menerusi hantaran di laman Facebook, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah sebagai komuniti yang prihatin, masyarakat perlu bersama-sama melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan dan memberikan mereka masa depan yang lebih baik dan cerah.
- “Saya mengambil maklum tentang kes penderaan dua orang kanak-kanak membabitkan seorang pengasuh di Skudai, Johor. Saya hargai usaha anda semua yang berkongsi video penderaan itu di media sosial sehingga sampai ke perhatian saya,” titah baginda.
JOHOR BAHRU – Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam semalam menegaskan tiada alasan untuk membenarkan keganasan fizikal atau mental terhadap kanak-kanak.
Justeru, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu bertitah, jenayah berkenaan harus ditangani menerusi segala kaedah mengikut undang-undang serta penguatkuasaan yang ditetapkan.
Menerusi hantaran di laman Facebook, Che’ Puan Besar Khaleeda bertitah sebagai komuniti yang prihatin, masyarakat perlu bersama-sama melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan dan memberikan mereka masa depan yang lebih baik dan cerah.

Foto: Facebook, Che’ Puan Besar Khaleeda.
“Saya mengambil maklum tentang kes penderaan dua orang kanak-kanak membabitkan seorang pengasuh di Skudai, Johor. Saya hargai usaha anda semua yang berkongsi video penderaan itu di media sosial sehingga sampai ke perhatian saya.
“Berulang kali saya tegaskan bahawa penderaan kanak-kanak merupakan satu jenayah berat yang perlu diambil serius oleh semua pihak.
“Kanak-kanak adalah aset terbesar negara dan perlu dilindungi daripada sebarang ancaman yang boleh membahayakan keselamatan serta kesejahteraan mereka,” titah baginda.
Sebelum itu, tular dua video yang memaparkan seorang wanita dipercayai pengasuh di sebuah taska di Skudai mengasari seorang bayi.
Susulan itu, seorang wanita berusia 21 tahun direman selama empat hari mulai semalam (Selasa).
Sumber: Bernama
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini24 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak