Connect with us

Terkini

Pengundi UMNO masih fobia logo ‘roket’

Ramai pengundi UMNO masih fobia dengan logo parti kerajaan campuran khasnya ‘parti roket’.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengundi UMNO masih fobia logo ‘roket’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ramai pengundi UMNO masih fobia dengan logo parti kerajaan campuran khasnya ‘parti roket’.
  • Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr P Sivamurugan berkata, ekoran itu, kecenderungan orang UMNO untuk tidak keluar mengundi atau melakukan undi protes agak besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
  • Psikik pengundi sukar dibaca, namun memerlukan kompromi dan pengorbanan besar daripada semua parti jika mahu menebus persamaan di sebalik perbezaan ideologi perjuangan, katanya.

BANGI, 2 Zulkaedah 1444H, Isnin – Ramai pengundi UMNO masih fobia dengan logo parti kerajaan campuran khasnya ‘parti roket’.

Ekoran itu, kecenderungan orang UMNO untuk tidak keluar mengundi atau melakukan undi protes agak besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Prof Dr P Sivamurugan.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, psikik pengundi sukar dibaca, namun memerlukan kompromi dan pengorbanan besar daripada semua parti jika mahu menebus persamaan di sebalik perbezaan ideologi perjuangan.

“Bucu yang menjadi penghalang selama ini adalah pengurusan persepsi. Ini perlu ditangani dengan kemas, bijak dan peka kepada sensitiviti ahli, penyokong dan pengundi.

“Dalam hal ini, kesungguhan kepemimpinan atasan membawa naratif baharu – ‘Sokong DAP, Pangkah UMNO’ dan ‘Sokong UMNO, Pangkah DAP’ adalah satu tanggungjawab bersama yang diterjemahkan hasil Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan minggu lalu,” katanya dalam artikel disiarkan di BH Online, semalam.

Prof P Sivamurugan berkata, nyawa kerajaan campuran bergantung kepada gerak kerja, strategi dan keupayaan kesemua 19 parti menunjukkan kesepaduan, bersatu padu dan berjiwa perpaduan.

Katanya, asimilasi kepartian dalam wadah kerajaan adalah pada jiwa dan emosi pemimpin serta penyokongnya.

“Amalan ”sokong membawa rebah’ sentiasa perlu diawasi. Apakah ramuan diperlukan untuk memperkasakan psikik pengundi UMNO dan DAP supaya tidak wujud amalan ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’ untuk menghadapi PRN. 

“Antaranya adalah kerangka ‘persefahaman jentera’, pemilihan calon diterima semua, agihan kerusi ‘menang-menang untuk semua, mengelak ‘ungkapan’ menembak sekutu sendiri dan bertekad duduk bersama dalam kerajaan bukan untuk sementara, tetapi demi jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berkata, jika masing-masing mampu jujur nescaya ada formula dan tawarannya. 

“Persoalannya, bersediakah parti gabungan untuk membina dan menerima ‘habitat politik baharu’ dengan jenama serta pemasaran luar biasa atas nama Kerajaan Perpaduan?,” soalnya.

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *