Connect with us

Terkini

Kalimah Allah: PN dakwa Anwar kemuka jawapan politik

Perikatan Nasional (PN) mendakwa penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan kes penggunaan kalimah Allah yang dikemuka Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai jawapan politik.

Wartawan TMT

Published

on

Kalimah Allah: PN dakwa Anwar kemuka jawapan politik
Foto: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama ahli-ahli Perikatan Nasional ketika sidang media di Bangunan Parlimen (kanan).
  • Perikatan Nasional (PN) mendakwa penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan kes penggunaan kalimah Allah yang dikemuka Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai jawapan politik.
  • Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendakwa maklum balas itu diterima secara peribadi daripada Idrus selepas Setiausaha Agung PAS itu selesai mendengar penjelasan Perdana Menteri berhubung perkara berkenaan di Dewan Rakyat  hari ini.
  • “Saya kebetulan tadi keluar dari dewan (Dewan Rakyat) dan berjumpa Idrus. Biarlah saya bertanggungjawab. Ini kenyataan saya, saya tanya: ‘Macam mana Tan Sri? Dia kata; Kita dengar sahajalah jawapan politik’.
  • “Ini yang keluar daripada mulut Peguam Negara. Saya bertanggungjawab dengan keputusan ini dan saya ada saksi pun yang keluar bersama saya tadi. Dia kata: ‘Datang sahajalah. Dengar jawapan politik’.
  • “Tetapi saya sebagai peguam, kita tahu kalau (Peguam Negara) memasukkan rayuan itu tak mungkin dia sendiri menarik balik, kecuali ada arahan pihak tertentu,” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen PN di lobi Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mendakwa penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan kes penggunaan kalimah Allah yang dikemuka Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun sebagai jawapan politik.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, mendakwa maklum balas itu diterima secara peribadi daripada Idrus selepas Setiausaha Agung PAS itu selesai mendengar penjelasan Perdana Menteri berhubung perkara berkenaan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya kebetulan tadi keluar dari dewan (Dewan Rakyat) dan berjumpa Idrus. Biarlah saya bertanggungjawab. Ini kenyataan saya, saya tanya: ‘Macam mana Tan Sri? Dia kata; Kita dengar sahajalah jawapan politik’.

“Ini yang keluar daripada mulut Peguam Negara. Saya bertanggungjawab dengan keputusan ini dan saya ada saksi pun yang keluar bersama saya tadi. Dia kata: ‘Datang sahajalah. Dengar jawapan politik’.

“Tetapi saya sebagai peguam, kita tahu kalau (Peguam Negara) memasukkan rayuan itu tak mungkin dia sendiri menarik balik, kecuali ada arahan pihak tertentu,” katanya pada sidang media bersama Ahli Parlimen PN di lobi Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Anwar pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri, menjelaskan tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah ‘Allah’ bertujuan mengelak sebarang keputusan dibuat berterusan bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, penarikan rayuan itu memberi ruang kepada kerajaan untuk menambah baik semua aspek, selain itu juga selaras pandangan serta nasihat Peguam Negara.

Ahli Parlimen Tambun itu antara lain menyangkal dakwaan keputusan kerajaan menarik balik rayuan kes terbabit tidak dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, selain menegaskan tuduhan sedemikian tidak sepatutnya timbul.

Ini kerana, katanya, keputusan kes Jill Ireland Lawrence Bill lawan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terikat keputusan Majlis Raja-Raja yang menyatakan nama ‘Allah’ tidak boleh digunakan di Semenanjung dengan kelonggaran secara bersyarat diberikan kepada Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu turut mempersoal antara hujah digunakan Jill Ireland menggunakan tiga afidavit yang didakwa mewakili keseluruhan umat Islam di negara ini.

Beliau berkata, tiga afidavit itu masing-masing dikemuka Naib Pengerusi DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari; Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga pensyarah Universiti Malaya, Dr Azmi Sharom.

“Adakah tiga orang yang membuat afidavit menyokong permohonan Jill Ireland ini mengatasi kuasa Majlis Agama Islam negeri? Itu kita persoalkan. Sekurang-kurangnya tiga Majlis Agama Islam (Selangor, Johor dan Kedah).

“Malah, dikatakan rayuan ini dimasukkan selepas mempertimbangkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Adakah dirujuk benda ini?” katanya.

Takiyuddin turut mempersoal keputusan kerajaan menarik balik rayuan kes terbabit dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong selepas atau sebelum ketetapan mengenainya dimuktamad.

“Kedua, apabila kita tanya pula pendirian kerajaan dan Perdana Menteri, atas asas apa dia tarik balik kes ini, sedangkan satu-satu keputusan mahkamah, kita sebagai kerajaan memerlukan keputusan di mahkamah yang tertinggi.

“Ini kes mahkamah tinggi. Sepatutnya dengar dulu Mahkamah Rayuan yang mempunyai minimum tiga orang hakim. Kemudian, tak puas hati (bawa kes) ke Mahkamah Persekutuan. Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah sebegitu?

“Biarlah undang-undang mengambil tempatnya dan mahkamah membuat keputusan. Kerajaan tak boleh campur (tangan). Kalau kerajaan sebagai badan eksekutif campur tangan dalam kehakiman, inilah yang menjadi masalah,” dakwanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Penyanyi pro-zionis, Bruno Mars bakal adakan konsert di Malaysia

Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars.
  • Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.
  • Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.
  • “Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disahut peminat zionisnya.
  • Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.
  • Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal yang juga merupakan pro zionis, Bruno Mars, bakal kembali mengadakan konsert solonya di Kuala Lumpur pada 17 September ini.

Berita itu dikongsi penganjur, Live Nation Malaysia, menerusi platform media sosial memaklumkan jualan tiket untuk konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil itu akan dibuka pada Jumaat hadapan.

“Bruno Mars akan datang ke Kuala Lumpur September ini.

“Tidak sabar mahu berkongsi pengalaman persembahan lagu 24K Magic secara langsung,” tulis mereka menerusi platform X.

Times Israel sebelum ini melaporkan bintang pop itu menyatakan cintanya kepada Tel Aviv dalam persembahan pertama kalinya di Israel dengan menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani.

“Tel Aviv, saya mahu berkahwin dengan kamu!”, jerit Bruno Mars dan disambut peminat zionisnya.

Dilaporkan, Bruno Mars menerima tekanan hebat agar membatalkan konsertnya di wilayah jajahan haram tersebut.

Antara organisasi yang menggesa pembatalan konsert tersebut adalah pergerakan Boycott Divestment and Sanctions (BDS), termasuk kumpulan advokasinya Jewish Voice for Peace (JVP).

Pemilik Bluestone Group’s Live Nation Israel, Guy Beser dan Shay Mor Yosef bagaimanapun berjaya membawa bintang itu ke Israel Oktober lalu.

JVP, sebuah organisasi progresif anti-zionis dalam surat terbukanya menyeru Bruno membatalkan konsertnya di negara aparteid tersebut sehingga rakyat Palestin mempunyai kesaksamaan, kebebasan dan keadilan sepenuhnya di tanah asal mereka.

“Kami amat bimbang dengan pengumuman mengenai persembahan anda yang akan datang di Tel Aviv, Israel di Yarkon Park, yang dibina di atas tanah perkampungan Palestin Al-Shaykh Muwannis yang berdepan pembersihan etnik oleh zionis.

“Kami menggesa anda membatalkan persembahan di Israel yang mengamalkan aparteid, sama seperti yang dilakukan semua artis yang beretika di Afrika Selatan semasa aparteid,” tegas JVP.

Bapa Bruno dikatakan berketurunan Yahudi manakala ibunya dari Filipina dan nenek moyangnya pula berketurunan Yahudi Hungary dan Ukraine. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending