Terkini
JAINJ, polis pantau media sosial cegah pesta berunsur maksiat
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan Parti Seks Bebas atau Gang Bang JB tidak dibenarkan berlaku di negeri ini, walaupun bertukar tarikh dan tempat penganjuran.

- Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan Parti Seks Bebas atau Gang Bang JB tidak dibenarkan berlaku di negeri ini, walaupun bertukar tarikh dan tempat penganjuran.
- Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meneliti laman-laman sosial yang dikenalpasti bagi mencegah dan menangani kegiatan tidak bermoral itu.
- Beliau juga memaklumkan halaman yang mempromosikan penganjuran pesta itu juga sudah ditutup dan tidak dapat diikuti buat masa ini.
- Beliau berkata, sekiranya mendapat maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral, segera melaporkan kepada PDRM dan jangan mengambil tindakan sendiri.
- Pada 24 Mei lalu, tular poster atau kad jemputan ke acara ‘Gang Bang JB Party’ melalui media sosial (Twitter) yang mempromosikan pesta seks bebas.
JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan Parti Seks Bebas atau Gang Bang JB tidak dibenarkan berlaku di negeri ini, walaupun bertukar tarikh dan tempat penganjuran.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus meneliti laman-laman sosial yang dikenalpasti bagi mencegah dan menangani kegiatan tidak bermoral itu.
Beliau juga memaklumkan halaman yang mempromosikan penganjuran pesta itu juga sudah ditutup dan tidak dapat diikuti buat masa ini.
“Pada ketika ini kita dapat maklumat bahawa, pertamanya halaman itu telah pun tak dapat diikuti atau ditutup. Itu kejayaan kita yang pertama bahawa mereka tak boleh lagi mempromosikan secara berleluasa terhadap perkara itu.
“Apa juga tarikh yang dia buat ataupun tempat mana yang diubah, dengan kesungguhan JAINJ dan PDRM bersama masyarakat serta komitmen saya secara peribadi sebagai Exco kerajaan negeri Johor, semua orang Islam termasuk bangsa Johor yang tidak mengizinkan perkara terkutuk ini berlangsung.
“Walau mana sahaja dia berpindah atau dimana pun dia berubah, kita akan tetap pastikan dia tidak boleh dilaksanakan. Itu komitmen kita.
“Setakat ini tidak ada lagi pesta lain dilaporkan, tetapi saya nak mempelawa seluruh warga maya, bangsa Johor dan orang Malaysia, kalau ada perkara terkutuk ini akan berlaku di negeri Johor maka kongsikan kepada saya di Facebook dan kita akan sama-sama cegah benda yang terkutuk seperti ini. Saya mempelawa kepada semua netizen dan orang awam di luar sana,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) di Pusat Islam Iskandar di sini, hari ini.
Mohd Fared berkata, pihaknya menasihat kepada orang awam tidak menyertai program maksiat seperti ini.
Beliau berkata, sekiranya mendapat maklumat berhubung kegiatan tidak bermoral, segera melaporkan kepada PDRM dan jangan mengambil tindakan sendiri.
“Kita sama-sama mencegah. Benarkan polis buat kerja dan siasatan mereka, orang awam jadilah mata, kepala dan telinga kepada pihak berkuasa negeri dan juga polis, laporkan dan jangan bersubahat.
“Insya-Allah semua identiti pengadu akan dirahsiakan. Biarlah saya sendiri bersama JAINJ dan pihak polis yang melaksanakan tugas yang selanjutnya,” katanya.
Khamis lalu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberi amaran keras supaya penganjuran pesta berunsur maksiat ‘Gang Bang JB Party’ dibatalkan.
Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan membuat pemantauan berterusan terhadap apa jua penganjuran acara yang menyalahi undang-undang.
Pada 24 Mei lalu, tular poster atau kad jemputan ke acara ‘Gang Bang JB Party’ melalui media sosial (Twitter) yang mempromosikan pesta seks bebas.
Acara itu dijangka diadakan pada 20 Jun bermula jam 4 petang hingga 9 malam.
Sumber: Berita Harian
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas