Terkini
Discaj lelaki koma, HTJS siasat secara terperinci
Pihak pengurusan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) akan menyiasat dengan teliti berhubung tular aduan seorang wanita yang mendakwa suaminya yang berada dalam keadaan koma diarahkan discaj dari hospital meskipun keadaan belum stabil.

- Pihak pengurusan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) akan menyiasat dengan teliti berhubung tular aduan seorang wanita yang mendakwa suaminya yang berada dalam keadaan koma diarahkan discaj dari hospital meskipun keadaan belum stabil.
- Pengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, pihaknya juga akan mengadakan satu perjumpaan dengan keluarga terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.
- “Kami ingin merujuk kepada satu hantaran yang tular di laman Facebook milik Afifa Ramli hari ini berkenaan pesakit diarah untuk discaj dari wad dalam keadaan masih tidak stabil.
- “Pihak HTJS memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular ini,” katanya dalam kenyataan semalam.
Seremban: Pihak pengurusan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) akan menyiasat dengan teliti berhubung tular aduan seorang wanita yang mendakwa suaminya yang berada dalam keadaan koma diarahkan discaj dari hospital meskipun keadaan belum stabil.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaleha Md Noor berkata, pihaknya juga akan mengadakan satu perjumpaan dengan keluarga terbabit bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.
“Kami ingin merujuk kepada satu hantaran yang tular di laman Facebook milik Afifa Ramli hari ini berkenaan pesakit diarah untuk discaj dari wad dalam keadaan masih tidak stabil.
“Pihak HTJS memandang serius isu ini dan satu pertemuan dengan pengadu akan diadakan bagi mendapatkan gambaran yang lebih terperinci serta membincangkan mengenai aduan yang tular ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, satu jawatankuasa penyiasatan yang terdiri daripada pakar dan pegawai perubatan akan diwujudkan khusus bagi menyiasat dengan teliti isu terbabit.
“Kami memohon mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang andaian terhadap pihak yang terbabit sepanjang proses siasatan ini dijalankan,” katanya.
Terdahulu seorang wanita meluahkan isi hatinya mengenai keadaan suaminya yang sudah koma sejak 30 hari lalu, namun didesak supaya dibenarkan keluar wad dari HTJS.
Dakwa wanita itu, sepanjang minggu lalu pakar mendesak pesakit dibawa keluar dengan alasan suaminya sudah stabil dan sudah tidak memerlukan rawatan pakar lagi selain alasan wad memerlukan katil kosong.
Wanita itu mendakwa, pada Jumaat lalu suaminya didiscaj dan dia terpaksa menyewa sebuah ambulans swasta untuk membawa lelaki itu pulang ke rumahnya di Jelebu.
Bagaimanapun, dakwanya, ketika hampir tiba di rumahnya, suaminya diserang sawan sebelum dia menghubungi talian 999 dan membawa lelaki itu ke Hospital Jelebu.
Dia mendakwa, suaminya dirawat di zon merah dan mengalami sawan beberapa kali selepas itu sebelum doktor memberitahunya lelaki itu mengalami demam.
Sumber: Harian Metro
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini22 hours ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak