Connect with us

Terkini

Ketua Pengarah J-KOM dakwa ada pihak guna sentimen perkauman takutkan Melayu

Terdapat pihak tertentu menggunakan isu perkauman untuk menakutkan kaum Melayu yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ketua Pengarah J-KOM dakwa ada pihak guna sentimen perkauman takutkan Melayu
Foto: Datuk Mohammad Agus Yusoff.
  • Terdapat pihak tertentu menggunakan isu perkauman untuk menakutkan kaum Melayu yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini.
  • Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa pihak terbabit menggunakan isu tersebut setiap hari dengan mendakwa bangsa Melayu dan agama yang mereka anuti terancam.
  • “Sentimen sebegini jika diratibkan boleh menimbulkan ketegangan kaum. Negara kita telah melalui tragedi akibat ketegangan kaum ini seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985 dan Operasi Lalang 1986,” katanya.

KUALA LUMPUR – Terdapat pihak tertentu menggunakan isu perkauman untuk menakutkan kaum Melayu yang merupakan kumpulan majoriti di negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff mendakwa pihak terbabit menggunakan isu tersebut setiap hari dengan mendakwa bangsa Melayu dan agama yang mereka anuti terancam.

“Sentimen sebegini jika diratibkan boleh menimbulkan ketegangan kaum. Negara kita telah melalui tragedi akibat ketegangan kaum ini seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969, Memali 1985 dan Operasi Lalang 1986.

“Apakah kita mahu tragedi hitam politik negara tersebut berulang lagi? Tentunya tidakkan?” soal Mohammad Agus.

Beliau turut mengulas artikel dari Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bertajuk Empangan Murtad Bakal Pecah.

Kata Mohammad Agus, artikel berkenaan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Artikel itu antara lain menyatakan sejak kebelangan ini kedudukan Islam terancam kerana berikutan beberapa kes yang melibatkan kepentingan Islam telah difailkan di mahkamah.

Advertisement

Menurut artikel itu, sekiranya tuntutan berjaya, ia bakal menyaksikan semua mualaf yang diislamkan melalui prosedur dan enakmen-enakmen yang dicabar tersebut akan dimurtadkan secara besar-besaran.

“Statistiknya tidak dinyatakan. Berapa kes mahkamah? Apakah yang kerajaan atau bukan Melayu telah buat sehingga Islam dikatakan terancam?

“Tajuk empangan pecah pun menakutkan, digunakan semata-mata untuk membangkitkan emosi perkauman supaya orang Melayu menolak kerajaan sekarang yang didakwa tidak menjaga kepentingan Melayu dan Islam,” kata beliau.

Ketua Pengarah J-KOM itu menambah, reaksi pengomen yang menyokong artikel tersebut penuh emosi dan jelek.

Beliau mendakwa, pengomen antara lain meminta kerajaan melindungi agama bukannya ikut telunjuk kafir.

“Ada juga yang mendakwa kerajaan ini dengki terhadap kebangkitan Islam dan ini adalah tindakan pengkhianat negara.

Advertisement

“Lebih jauh lagi, ada yang bertanya di mana baginda raja. Akhirnya, mereka menyeru supaya orang Melayu bangkit kerana agama Islam terancam.

“Sebagai pelajar politik, saya menolak politik perkauman. Saya impikan bangsa Malaysia yang bersatu. Saya bosan dengan naratif politik yang menimbulkan kebencian sesama kita,” kata Mohammad Agus.

Serentak itu, beliau merayu golongan muda dan rakyat Malaysia yang mahu melihat negara maju supaya menolak sentimen kaum dan agama.

Menurut beliau sentimen yang disebarkan tanpa tanpa fakta dan data adalah pandangan kumpulan yang mindanya telah tertawan.- MalaysiaGazette

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending