Connect with us

Terkini

Kaji semula keputusan keluarkan nikotin dari Akta Racun 1952 – Fadhli Shaari

Kerajaan digesa mengkaji semula keputusan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 kerana ia dilihat dilakukan secara gopoh dan semberono.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kaji semula keputusan keluarkan nikotin dari Akta Racun 1952 - Fadhli Shaari
Foto: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.
  • Akta Racun 1952 adalah satu-satunya kawalan untuk kawal produk vape di pasaran. – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) 
  • “Saban tahun industri vape berleluasa dalam negara tanpa mekanisme kawalan yang spesifik, satu-satunya kawalan adalah Akta Racun, itu pun hanya terhad kepada cecair vape yang mengandungi nikotin.
  • “Sekarang yang satu ini pun dibuang, apakah mekanisme yang tinggal,” katanya ketika membahaskan RUU 2023 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji semula keputusan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 kerana ia dilihat dilakukan secara gopoh dan semberono.

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, Akta Racun 1952 adalah satu-satunya kawalan untuk mengawal produk vape di pasaran.

“Saban tahun industri vape berleluasa dalam negara tanpa mekanisme kawalan yang spesifik, satu-satunya kawalan adalah Akta Racun, itu pun hanya terhad kepada cecair vape yang mengandungi nikotin.

“Sekarang yang satu ini pun dibuang, apakah mekanisme yang tinggal,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) 2023 bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad Fadhli berkata, sesetengah pihak mendakwa kelulusan mengeluarkan vape sudah dibuat kerajaan sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya, fakta itu perlu dilihat bersama dengan usaha kerajaan memperkenalkan RUU kawalan produk tembakau dan merokok serta pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG) bagi menghapuskan generasi perokok.

“Maknanya, terdapat mekanisme kawalan yang diletakkan oleh kerajaan terdahulu dan bukannya secara gopoh dan semberono.

“Harap keputusan ini dapat dikaji balik dan saya yakin Menteri Kesihatan pun bersetuju dengan saya bahawa keputusan itu perlu dikaji semula kerana ia dilihat tergopoh-gopoh tanpa memperkenalkan kawalan terhadap produk vape ini,” katanya.

Katanya, tindakan itu juga dilihat seolah-olah kerajaan tidak melihat kebajikan dan kesihatan termasuk doktor.

“Hari ini doktor mogok tiga hari dan saya harap kerajaan dapat melihat apakah tuntutan doktor yang mogok ini supaya apa yang mereka suarakan akan dapat dipertimbangkan pihak kerajaan.

“Ini kerana jumlah doktor di perkhidmatan awam berkurang daripada nisbah sebenar,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *