Terkini
Tun M pilih Putra untuk terus perjuang hak orang Melayu
Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai platform untuk memperjuangkan hak orang Melayu tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain.

- Walaupun umur saya 97 tahun, hati masih lagi dengan perjuangan orang Melayu. Kedudukan orang Melayu sekarang ini lebih banyak masalah dari kaum-kaum lain. Ini bukan kerana perkauman. – Tun Dr Mahathir Mohamad
- “Kita perlu lihat orang Melayu dapat bahagian mereka dalam keadaan di negara kita (yang mana) mereka sekarang ini tidak kuasai ekonomi dan politik. Kalau kita tak selamatkan orang Melayu, negara kita akan hadapi masalah kepincangan”.
- Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan kad keahlian dan watikah Penasihat Putra yang disampaikan oleh Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali di sini hari ini (semalam).
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai platform untuk memperjuangkan hak orang Melayu tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain.
“Walaupun umur saya 97 tahun, hati saya masih lagi dengan perjuangan orang Melayu. Kedudukan orang Melayu sekarang ini lebih banyak masalah dari kaum-kaum lain. Ini bukan kerana perkauman.
“Kita perlu melihat orang Melayu dapat bahagian mereka dalam keadaan di negara kita (yang mana) mereka sekarang ini tidak menguasai ekonomi dan politik. Kalau kita tak selamatkan orang Melayu, negara kita akan hadapi masalah kepincangan,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan kad keahlian dan watikah Penasihat Putra yang disampaikan oleh Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali di sini hari ini (semalam).
Pada 10 Feb lepas, Dr Mahathir mengumumkan beliau bersama 12 ahli lain keluar daripada parti Pejuang yang diasaskannya ekoran tindakan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Gerakan Tanah Air.
Mengenai penyertaan Putra dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tahun ini, Dr Mahathir berkata ia akan diputuskan selepas perjumpaan dengan kepimpinan tertinggi Putra.
“Kita akan timbang, banyak masalah kita hadapi antaranya kegunaan duit dalam pilihan raya. Kita tiada duit, kita tidak mahu pilihan raya dikuasai oleh orang yang ada duit saja,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Putra Tan Sri Mohd Khalid Yunus berkata sejak tersebar kesediaan Dr Mahathir menyertai Putra, parti itu menerima lebih 1,000 permohonan ahli baharu.
Beliau juga berkata Putra telah menetapkan 7 Mac hingga 6 April untuk mengadakan mesyuarat agung bahagian, 7 Mei untuk persidangan perwakilan peringkat pusat, manakala pemilihan barisan kepimpinan dicadangkan pada 8 April ini.
Sumber: BERNAMA
Antarabangsa
AS hantar 15,000 bom, 57,000 peluru meriam kepada rejim penjajah zionis Israel
Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.

- Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
- Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
- Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Gaza: Sejak 7 Oktober, Amerika Syarikat (AS) menghantar ribuan senjata dan artileri kepada negara sekutunya Israel dalam menentang Hamas.
Menurut Wall Street Journal, kemasukan senjata itu termasuk 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam, yang dibawa pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas permulaan konflik di Semenanjung Gaza dan berterusan sejak beberapa hari lalu, kata laporan eksklusif itu, memetik sumber pegawai AS.
“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” katanya.
Bom bunker-buster terkenal dengan keupayaannya menembusi jauh ke dalam struktur yang padat sebelum meletup.
Senarai senjata api yang dihantar AS kepada Israel, terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat, katanya.
Tentera Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza awal Jumaat selepas mengisytiharkan penamatan jeda kemanusiaan selama seminggu.
Sekurang-kurangnya 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Sejak 7 Oktober, lebih 15,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita terbunuh dalam serangan kejam Israel, sebagai membalas serangan mengejut Hamas.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini3 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini3 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini3 days ago
Peguam bidas Justice For Sisters kecam penubuhan pusat pemulihan LGBT di Johor
-
Antarabangsa4 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas