Connect with us

Terkini

Tokoh agama, ulama perlu diberi pengecualian tauliah mengajar – Mantan Menteri Agama

Tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya perlu diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.

Wartawan TMT

Published

on

Tokoh agama, ulama perlu diberi pengecualian tauliah mengajar – Mantan Menteri Agama
Foto: Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
  • Tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya perlu diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.
  • Itu antara syor dan cadangan diberikan ilmuan agama yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkait isu tauliah agama yang tular ketika ini.
  • “Itulah adab yang sebaiknya kerana boleh jadi individu yang perlu ditemuduga untuk tauliah itu sendiri lebih alim daripada penemuduga tauliah,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini.

PUTRAJAYA: Tokoh agama atau ulama yang dikenali dengan kealimannya perlu diberi pengecualian tauliah mengajar oleh pihak berkuasa agama sama ada di Wilayah Persekutuan atau negeri.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Itu antara syor dan cadangan diberikan ilmuan agama yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkait isu tauliah agama yang tular ketika ini.

Zulkifli berkata, tauliah khas itu perlu kerana sesuai kealiman serta kedudukan tokoh itu dalam sesebuah negara atau institusi oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau mufti negeri berkenaan, apatah lagi di luar negara.

“Itulah adab yang sebaiknya kerana boleh jadi individu yang perlu ditemuduga untuk tauliah itu sendiri lebih alim daripada penemuduga tauliah,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini.

Katanya, beliau juga mencadangkan agar tauliah khas turut diberikan kepada tokoh politik yang memegang jawatan dalam kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Perdana Menteri, Menteri-Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Exco-Exco Kerajaan Negeri dengan syarat tiada isu politik kepartian disentuh.

Zulkifli berkata, ‘politik kepartian’ yang dimaksudkan adalah yang menyentuh mana-mana parti secara khusus, atau mana-mana individu dalam parti secara khusus, atau apa-apa perkataan yang dikira perlambangan mana-mana parti.

Selain itu, katanya, tauliah khas juga boleh diberikan kepada individu yang sudah dikenali akan keilmuannya dan diperkenankan oleh raja selaku Ketua Agama Islam atau diluluskan oleh mufti negeri berkenaan, ulama setempat dan masyarakat tanpa ada sebarang keraguan.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, beliau juga mencadangkan supaya subjek pengajaran seperti al-Siyasah al-Syar’iyyah perlu dikekalkan untuk diajar di masjid dan surau oleh pemegang tauliah mengajar yang berkelayakan.

“Ia penting bagi membentuk pemahaman jemaah yang menyeluruh berkenaan sistem tadbir urus Islam dalam hal kenegaraan,” katanya.

Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya pemantauan berkala turut dibuat bagi memastikan apa yang disampaikan oleh pemegang Tauliah Mengajar selari dengan undang-undang dikuatkuasakan, terutama dari sudut kualiti ilmu yang disampaikan.

Jelasnya lagi, pemantauan itu penting bagi memastikan masjid dan surau tidak menjadi medan untuk memecah-belahkan ummah, pentas jenaka (walaupun tidak menjadi kesalahan untuk sesekali bergurau), atau sekadar periwayatan kisah-kisah tanpa sandaran.

Dalam pada itu, katanya, beliau juga melihat ada ruang untuk standard ujian permohonan Tauliah Mengajar diselaraskan di seluruh negara agar kualiti ilmu pemegang Tauliah Mengajar di seluruh negara boleh disetarakan atau hampir kepada kesetaraan. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai

Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Hidayah Sani

Published

on

Anugerah E50 SME Corp: PMKS berdaya saing diseru rebut peluang sertai
Foto: Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral.
  • Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp)  membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.
  • Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan  pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.
  • “Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.
  • “Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

KUALA LUMPUR — Pengiktirafan diterima menerusi Anugerah Enterprise 50 atau lebih dikenali dengan Anugerah E50 oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) membolehkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan dikenal pasti sebagai berdaya saing, maju dan boleh dipercayai dalam menjalin rantaian sama ada dengan syarikat besar tempatan atau pelabur luar negara.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Pengerusi SME Corp Malaysia, Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata anugerah itu berjaya mewujudkan perspektif kecemerlangan dengan mencapai satu tanda aras kualiti tinggi.

Beliau berkata pengiktirafan diberikan menjadi penanda aras yang penting buat PMKS untuk mengukur prestasi perniagaan mereka berdasarkan piawaian industri menerusi penilaian kewangan dan pengurusan perniagaan oleh Deloitte Malaysia.

“Sepertimana tahun-tahun sebelum ini, SME Corp. Malaysia akan menjemput PMKS yang layak untuk menyertai Anugerah E50 pada tahun ini, iaitu syarikat-syarikat yang telah menerima penarafan 4-Bintang dan 5-Bintang di bawah Program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan atau SCORE.

“Oleh itu, saya ingin menyeru PMKS yang terpilih agar merebut peluang keemasan ini untuk menjadi di antara 50 PMKS terunggul di Malaysia.

“Pada tahun ini, pencalonan bagi Anugerah E50 akan dibuka sehingga 30 Jun 2024. Kemuncak bagi Program E50 ini adalah Majlis Anugerah E50 yang dijadualkan pada Oktober nanti,” katanya di Majlis Pelancaran Program Enterprise 50 (E50) 2024 di Aloft Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang turut mengucapkan syabas ke atas SME Corp. Malaysia kerana berjaya menganjurkan program itu secara berterusan sejak 1997.

Bagi tahun ini, syarikat ingin menyertainya perlu mengemukakan pencalonan mereka secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu Penarafan Insentif PMKS (MyBPI) sebelum tarikh tutup pada 30 Jun 2024.

Syarat kelayakan Anugerah E50 adalah memenuhi definisi PMKS dan diperbadankan di Malaysia dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan; mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah SCORE; tidak disenaraikan di Bursa Malaysia; mempunyai penyata kewangan beraudit tiga tahun terkini dan anak syarikat tidak layak jika syarikat induk mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Anugerah E50, boleh layari laman sesawang www.e50.com.my. — The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending