Connect with us

Terkini

(VIDEO) Ramai pergi umrah tapi sibuk buat ‘content’ – Agamawan

Agamawan, Dr. Kamilin Jamilin tampil menyuarakan keresahan mengenai trend umrah yang agak merisaukan ketika ini.

Wartawan TMT

Published

on

Ramai pergi umrah tapi sibuk buat ‘content’ – Agamawan
Foto: Agamawan, Dr. Kamilin Jamilin.
  • Trend tersebut menunjukkan seolah-olah ramai kini pergi ke Mekah dan Madinah sekadar pergi melancong sahaja. – Agamawan, Dr. Kamilin Jamilin 
  • “Pergi Mekah dan Madinah ini jadi medan keinsafan pada kita, kita betul-betul terasa keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci. Ramai bila pergi ke sana jadi bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.
  • “Tetapi, sekarang pergi ke sana seperti tiada apa-apa, yang ke sana, balik begitu juga.”
  • “Banyaklah kini yang kita boleh nampak nak bagi produk barakah, ambillah gambar yang berlatar belakangkan Kaabah.
  • Perbuatan itu membimbangkan kerana ke’izzahan dua tanah suci itu seperti sudah tiada dan ibadah haji serta umrah yang besar itu kini menjadi sekadar tentatif atau ‘content’ bagi menarik tontonan sahaja. 

PETALING JAYA – Agamawan, Dr. Kamilin Jamilin tampil menyuarakan keresahan mengenai trend umrah yang agak merisaukan ketika ini.

Beliau melalui satu perkongsian di TikTok berkata, akhir-akhir ini dilihat ramai pempengaruh mahupun selebriti suka memuat naik kandungan ataupun ‘content’ di media sosial mereka apabila berada di tanah suci.

Katanya, trend tersebut menunjukkan seolah-olah ramai kini pergi ke Mekah dan Madinah sekadar pergi melancong sahaja.

“Risau lihat trend orang sekarang pergi Umrah, bukan semua tetapi boleh katakan ramai di media sosial ini. Dulu-dulu sebelum munculnya media sosial yang pelbagai ini dan pempengaruh yang terkenal, orang kalau dapat pergi Mekah dan Madinah ini satu benda besar.

“Pergi Mekah dan Madinah ini jadi medan keinsafan pada kita, kita betul-betul terasa keagungan Allah dan kemuliaan tanah suci. Ramai bila pergi ke sana jadi bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik.

“Tetapi, sekarang pergi ke sana seperti tiada apa-apa, yang ke sana, balik begitu juga,” katanya.

Katanya, ada juga sebahagian individu yang sibuk mengemas kini media sosial apabila berada di sana, malah ada juga yang menggunakan peluang itu untuk mempromosikan produk mereka.

“Banyaklah kini yang kita boleh nampak nak bagi produk barakah, ambillah gambar yang berlatar belakangkan Kaabah.

“Pergi Mekah dan Madinah ini macam sekadar pergi melancong saja bukan nak buat ibadah sangat, ada duit pergi, seronok-seronok, menunjuk sana sini, cari populariti, cari duniawi, hilang rasa keagungan Allah dalam hati,” ujarnya.

Katanya, perbuatan itu membimbangkan kerana ke’izzahan dua tanah suci itu seperti sudah tiada dan ibadah haji serta umrah yang besar itu kini menjadi sekadar tentatif atau ‘content’ bagi menarik tontonan sahaja. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

“Pengecut” tempelak KJ apabila Wan Fayhsal digantung 6 bulan susulan isu MAHB

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (kiri) & Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (kanan).
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.
  • Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
  • Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 
  • “Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 
  • “Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.
  • Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya itu menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak tindakan menggantung Ahli Parlimen Machang daripada Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan bermula hari ini,  sebagai “pengecut”.

Ia susulan kenyataan Wan Fayhsal mengenai surat layang didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Mengulas tindakan dikenakan terhadap Wan Fayhsal, Khairy menyifatkan pihak terbabit sebagai pengecut dan jelas menunjukkan mereka sebenarnya ‘terganggu’ dengan kenyataan Wan Fayhsal berkenaan isu dibangkitkan.

Khairy yang juga lantang mengkritik penjualan saham MAHB kepada syarikat pro zionis, BlackRock-Global Infrastructure Partners (GIP), secara sarkastik berharap adalah berbaloi pihak terbabit ‘menerima’ duit zionis.

Pengecut. Kamu mempermainkan dia (Wan Fayhsal) dengan mengatakan dia berbahasa jargon, tidak tahu apa-apa. 

“Akhirnya, kamu menyalahgunakan kuasa legislatif untuk mengusirnya selama enam bulan. Jelas sekali, dia sudah mengganggu kamu. 

“Boneka BlackRock. Harap duit Zionis itu berbaloi,” katanya menerusi hantaran di Instagram di sini hari ini dengan memuat naik tangkap layar satu ciapan X berkenaan artikel bertajuk, ‘Dewan Rakyat lulus usul gantung 6 bulan Wan Fayhsal’.

Foto: Tangkap layar hantaran KJ di Instagram beliau hari ini.

Artikel itu antaranya menyatakan usul menggantung Ahli Pembangkang itu dibuat melalui undi belah bahagi yang menyaksikan 110 Ahli Parlimen menyokong, 63 tidak bersetuju, tiga tidak mengundi dan 46 tidak hadir.

Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika membentangkan usul itu berkata Dewan Rakyat memandang serius kenyataan Wan Fayhsal berhubung surat layang yang telah tular dan didakwa mengandungi maklumat dalang sebenar di sebalik pengambilalihan MAHB.

Azalina berkata Wan Fayhsal yang ketika itu membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan Tahun 2022 di Dewan Rakyat telah menamakan seorang pegawai dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai dalang.

Beliau berkata perbuatan itu telah memberi kesan buruk bukan sahaja kepada individu didakwa, tetapi juga secara umum pegawai agensi di bawah kementerian yang mungkin teraniaya kerana tuduhan tidak berasas itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Wan Fayhsal di Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Fayhsal ketika mengulas tindakan dikenakan terhadapnya menyatakan bahawa beliau ‘dipaksa mengundurkan diri’ dan langsung tidak diberi peluang untuk membela diri ketika usul menggantungnya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kesan penggantungan itu beliau akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 pada sidang Oktober ini.

Satu lagi titik hitam dalam demokrasi berparlimen negara. Saya langsung tidak diberi peluang untuk membela diri dalam Dewan tadi.

“Kesan daripada penggantungan ini ialah saya akan terlepas berbahas Belanjawan 2025 dalam sidang Oktober nanti.

“Machang dipaksa mengundurkan diri. Jumpa tahun depan,” katanya di Facebook hari ini. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending