Connect with us

Antarabangsa

Penduduk tetap EU, UK dan AS boleh tunai umrah tanpa visa sebelum ketibaan – Arab Saudi

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata penduduk tetap (PR) Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) boleh menunaikan umrah tanpa mendapatkan visa sebelum berlepas ke negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata penduduk tetap (PR) Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) boleh menunaikan umrah tanpa mendapatkan visa sebelum berlepas ke negara itu.
  • Menurut kementerian itu, langkah tersebut bertujuan memudahkan proses umrah, memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi, menambah pengalaman budaya dan agama jemaah selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, lapor Gulf News pada Isnin.
  • Kementerian itu menekankan jemaah umrah yang layak kini boleh menjadualkan perjalanan mereka melalui aplikasi Nusk atau boleh terus memilih menunaikan umrah secara terus sewaktu ketibaan.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi berkata penduduk tetap (PR) Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) boleh menunaikan umrah tanpa mendapatkan visa sebelum berlepas ke negara itu.

Menurut kementerian itu, langkah tersebut bertujuan memudahkan proses umrah, memastikan perkhidmatan berkualiti tinggi, menambah pengalaman budaya dan agama jemaah selaras dengan Wawasan 2030 Arab Saudi, lapor Gulf News pada Isnin.

Kementerian itu menekankan jemaah umrah yang layak kini boleh menjadualkan perjalanan mereka melalui aplikasi Nusk atau boleh terus memilih menunaikan umrah secara terus sewaktu ketibaan.

Kerajaan Arab Saudi juga memperluaskan kemudahan supaya penduduk wilayah tersenarai boleh memasukkan pilihan visa-semasa-ketibaan, memilih sama ada mereka berhasrat mengerjakan umrah atau lawatan atas tujuan pelancongan, juga terpakai kepada saudara-mara tahap pertama pemegang visa itu.

Selain itu, pilihan untuk menunaikan umrah juga boleh dibuat menggunakan visa transit dengan syarat perjalanannya mesti menggunakan Saudi Airlines, meningkatkan potensi umat Islam antarabangsa untuk mengerjakan ibadat penting itu.

Umrah yang sering dirujuk sebagai “haji kecil” berbeza dengan Haji kerana ia antara ritual penting agama Islam yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun. 

Tidak seperti Haji yang mempunyai tarikh-tarikh tertentu mengikut kalendar bulan Islam, umrah merupakan penunaian haji kecil di Mekah, yang boleh dilakukan umat Islam untuk ganjaran rohani dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending