Connect with us

Terkini

Agamawan dinasihat hati-hati beri pandangan tentang hukum – Mohd Na’im

Semua agamawan di Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan pandangan masing-masing dengan sentiasa menyemak rujukan yang sah berdasarkan hadis dan hayat.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar (kiri) & Pendakwah Selebriti, Don Daniyal Don Biyajid (kanan).
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agamawan seharusnya berterus terang dan perlu berani mengatakan tidak tahu jika mereka kurang arif seperti dilakukan ulama-ulama muktabar.
  • “Tidak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.
  • “Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang diajarkan oleh ulama terdahulu sebab masyarakat hari ini apa sahaja yang dikeluarkan oleh mulut agama akan diterima kerana dahaga tentang ilmu agama,” katanya.
  • Mohd Na’im berkata demikian ketika mengulas permohonan maaf pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, berikutan jawapan pendakwah itu untuk soalan daripada pendengar di sebuah stesen radio yang memaklumkan satu daripada waktu tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada Aidilfitri atau Aidiladha.
  • Jawapan itu didakwa mengelirukan kerana umat Islam juga tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.

MAKKAH — Semua agamawan di Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menyampaikan pandangan masing-masing dengan sentiasa menyemak rujukan yang sah berdasarkan hadis dan hayat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agamawan seharusnya berterus terang dan perlu berani mengatakan tidak tahu jika mereka kurang arif seperti yang dilakukan oleh ulama-ulama muktabar.

“Tidak salah untuk mengatakan tidak tahu kerana Imam Malik, Imam Syafie apabila ditanya oleh anak murid, kalau tak tahu, jawab tidak tahu.

“Kita ini masalahnya kadang-kadang apabila ada soalan, kita nak jawab semua. Sepatutnya perkara yang kita tidak tahu, kita jawab tidak tahu. Ini yang diajarkan oleh ulama terdahulu sebab masyarakat hari ini apa sahaja yang dikeluarkan oleh mulut agama akan diterima kerana dahaga tentang ilmu agama,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian ketika mengulas permohonan maaf pendakwah selebriti, Don Daniyal Don Biyajid, berikutan jawapan pendakwah itu untuk soalan daripada pendengar di sebuah stesen radio yang memaklumkan satu daripada waktu tidak boleh berpuasa ialah pada hari raya pertama sama ada Aidilfitri atau Aidiladha.

Jawapan itu didakwa mengelirukan kerana umat Islam juga tidak boleh berpuasa pada hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Ekoran pelbagai kecaman yang diterima, Don Daniyal atau dikenali sebagai Ustaz Don, telah membuat permohonan maaf menerusi media sosial dan mengakui jawapan yang diberikan itu telah menimbulkan salah faham.

Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata beliau terkilan isu seperti itu masih berlarutan walaupun sebelum ini telah memberikan arahan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk berbincang dengan Ustaz Don.

“Nasihat saya apabila mahu menyampaikan ilmu pengetahuan itu, biarlah ia didasarkan kepada sumber-sumber dan rujukan yang kita yakini dan kepakaran kita. Agamawan ini mempunyai pengkhususan, kalau dalam bidang hadis, kita mempunyai agamawan yang pakar hadis,” katanya.

Mohd Naim turut menasihati agensi media agar memastikan penceramah yang dipilih mempunyai tauliah daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri masing-masing.

“Media boleh juga merujuk kepada Jakim kerana (Jakim) mempunyai senarai penceramah yang mendapat tauliah. Sekurang-kurangnya penceramah ini telah ditapis. Itu harapan saya. Perlu selalu membuat rujukan jika ada sebarang musykil,” katanya.

Selain itu, masyarakat yang mempunyai permasalahan agama dan hukum juga dinasihat agar merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa dan mufti di negeri masing-masing. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending