Connect with us

Terkini

Polis tembak isteri hamil lima bulan alami kemurungan

Suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis semalam di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat kan hamil lima bulan ketika kejadian.

Wartawan TMT

Published

on

Polis tembak isteri hamil lima bulan alami kemurungan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suri rumah maut ditembak suaminya yang juga anggota polis semalam di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat kan hamil lima bulan ketika kejadian.
  • “Jika dilihat dari keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang ‘ringan tulang’ dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.”
  • Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.
  • Jenazah Safsufarnisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

KANGAR: Suri rumah yang maut ditembak suaminya yang juga anggota polis semalam di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat kan hamil lima bulan ketika kejadian.

Perkara itu didedahkan oleh ibu mangsa, Che Mas Taha, 63, yang menyatakan bahawa anak bongsu daripada empat beradik itu, Safsufarnisya Salleh, 26, hamil anak pertama selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.

“Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam.

“Malah, kami tidak sangkalah perkara ini boleh berlaku kerana menantu (suspek) ini memang baik orangnya sehinggakan kami sudah anggap dia sebagai anak sendiri.

“Jadi kehilangan Safsufarnisya ini adalah sesuatu yang sukar untuk saya terima terutama dalam keadaan apa yang terjadi tempoh hari,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, di sini hari ini.

Katanya, jika dilihat daripada keadaan sebelum ini menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu itu adalah seorang yang ‘ringan tulang’ dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai keperluan termasuk makanan di rumah itu.

“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk pauk.

“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.

“Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa sekarang,” katanya.

Dalam masa yang sama juga, Che Mas turut memberitahu bahawa menantunya itu dipercayai mempunyai masalah kemurungan beberapa tahun sebelum ini.

Ini disebabkan menantunya ada menunjukkan perilaku yang tidak menentu sebelum ini.

“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.

“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.

“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas untuk mengesan dan membawanya pulang semula jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,” katanya.

Che Mas mendirikan rumahtangga dengan suaminya, Salleh Eizan, 61 dan hasil perkongsian hidup, mereka turut dikurniakan empat orang anak berusia antara 39 dan 26 tahun.

Allahyarham Safsufarnisya pula berkahwin dengan suspek selepas bertemu suspek ketika menjalani latihan praktikal dalam bidang pengurusan forensik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis beberapa tahun lalu.

Jenazah Safsufarnisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Terdahulu, kenalan, rakan sekampung Allahyarham dan sanak saudara hadir menziarahi keluarga mangsa.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Ru’sele Eizan yang juga bapa saudara mangsa.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kerajaan kaji pindaan Akta 792 untuk hadapi cabaran baharu

Kerajaan sedang membuat kajian bagi meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran yang muncul dalam teknologi hari ini, termasuk dalam aspek berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan sedang buat kajian meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran muncul dalam teknologi hari ini, termasuk aspek penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana ketika ini ada pihak menggunakan teknologi Al bagi tujuan jenayah, contohnya pengantunan kanak-kanak, yang mewujudkan cabaran kepada undang-undang sedia ada.
  • “Saya tidak nafikan bahawa apa kita lakukan pada 2017 lepas mungkin tidak mengambil kira cabaran berkaitan penggunaan Al… sekarang ini jika saya bercakap dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), salah satu cabaran besar adalah apabila ada pihak menjual visual kanak-kanak di ‘dark web’ dan sekarang tidak perlu lagi, mereka boleh terus ke laman web biasa, terus ke dalam talian.
  • “Apabila bercakap mengenai antun (grooming) membabitkan Al, satu lagi cabaran adalah mengenai bayaran, mereka bayar guna bitcoin dan matawang kripto, kita tidak boleh kesan siapa buat pembayaran untuk kegiatan ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program International Symposium on Empowerment of Children’s Commission: Strengthening Rights and Safeguarding Future, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini.

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang membuat kajian bagi meminda Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) tahun depan, dengan mengambil kira cabaran yang muncul dalam teknologi hari ini, termasuk dalam aspek berkaitan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata ini kerana ketika ini ada pihak yang menggunakan teknologi Al bagi tujuan jenayah, contohnya pengantunan kanak-kanak, yang mewujudkan cabaran kepada undang-undang sedia ada.

“Saya tidak nafikan bahawa apa kita lakukan pada 2017 lepas mungkin tidak mengambil kira cabaran berkaitan penggunaan Al… sekarang ini jika saya bercakap dengan PDRM (Polis Diraja Malaysia) atau MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), salah satu cabaran besar adalah apabila ada pihak menjual visual kanak-kanak di ‘dark web’ dan sekarang tidak perlu lagi, mereka boleh terus ke laman web biasa, terus ke dalam talian.

“Apabila bercakap mengenai antun (grooming) membabitkan Al, satu lagi cabaran adalah mengenai bayaran, mereka bayar menggunakan bitcoin dan matawang kripto, kita tidak boleh kesan siapa yang buat pembayaran untuk kegiatan ini.

“… jadi kita perlu faham segalanya mengenai perkembangan teknologi ini dan tampil undang-undang yang boleh meliputi cabaran-cabaran yang muncul,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program International Symposium on Empowerment of Children’s Commission: Strengthening Rights and Safeguarding Future, di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di sini.

Azalina berkata simposium hari ini bertujuan membuat perbandingan dan belajar dari negara lain mengenai peranan yang dimainkan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) di negara masing-masing.

“Saya tekankan OCC tak akan bersifat konfrontasi, kita lebih kepada menilai isu undang-undang dalam negara kita dan peranan yang kita nak belajar dari negara lain. Simposium ini adalah langkah pertama untuk kita dengar dan lihat cara mereka (negara lain) dan belajar cara mereka, kelebihan dan kekurangan,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata kerajaan juga mengkaji keperluan untuk mewujudkan OCC di peringkat negeri bagi memastikan pemantauan yang lebih menyeluruh.

“Sebab isu kanak-kanak ini tak boleh di pusat sahaja, pemantauan juga perlu di peringkat negeri. Bagaimanapun, kita nak gerak tidak secara agresif tetapi secara perlahan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending