Connect with us

Terkini

PM didakwa cuba alih perhatian rakyat berhubung pindaan RUU355

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung isu pelaksanaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355).

Wartawan TMT

Published

on

PM didakwa cuba alih perhatian rakyat berhubung pindaan RUU355
Foto: Ahmad Fadhli Shaari (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung isu pelaksanaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355).
  • Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu RUU355 tidak wajar dipolitikkan dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan dengan membawanya ke Parlimen untuk diluluskan.
  • “Yang dimaklumkan pada kita RUU355 sudah ada MOM (Memorandum Jemaah Menteri) untuk dibentangkan dan sudah di peringkat akhir, tinggal lagi kerajaan yang ada pada hari ini sambung sedikit sahaja untuk dibentangkan dalam Parlimen, kami akan sokong sebulat suara.
  • “Sudah tentu untuk undang-undang itu mempunyai proses dan progresnya tersendiri, saya sentiasa bertanya setiap kali sidang Parlimen dan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri berkaitan agama, perkara itu sedang dalam proses, tidak boleh dilaksanakan secara overnight,” katanya ditemui dalam sidang akhbar, pada ahad.

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat berhubung isu pelaksanaan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU355).

Beliau dikatakan cuba menggunakan isu tersebut mengelak daripada dipersoalkan tentang ketelusan dalam pentadbirannya apabila melantik individu yang masih berdepan dengan tindakan mahkamah akibat rasuah menjadi anggota kabinetnya.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, isu RUU355 tidak wajar dipolitikkan dan kerajaan perlu meneruskan pelaksanaan dengan membawanya ke Parlimen untuk diluluskan.

“Yang dimaklumkan pada kita RUU355 sudah ada MOM (Memorandum Jemaah Menteri) untuk dibentangkan dan sudah di peringkat akhir, tinggal lagi kerajaan yang ada pada hari ini sambung sedikit sahaja untuk dibentangkan dalam Parlimen, kami akan sokong sebulat suara.

“Sudah tentu untuk undang-undang itu mempunyai proses dan progresnya tersendiri, saya sentiasa bertanya setiap kali sidang Parlimen dan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri berkaitan agama, perkara itu sedang dalam proses, tidak boleh dilaksanakan secara overnight,” katanya ditemui dalam sidang akhbar, semalam.

Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Kongres Nasional Khas 2023 PKR semalam membangkitkan peranan pimpinan Pas untuk membawa pindaan tersebut ketika mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar memaklumkan, RUU355 sedang dalam proses penyediaan kertas Jemaah Menteri untuk dibawa ke Mesyuarat Kabinet.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menggesa kerajaan tidak melengah-lengahkan lagi proses untuk mendapatkan kelulusan Kabinet untuk dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

“Jadi, apabila berlaku pertukaran kerajaan, saya yakin perkara itu sudah ada prosesnya dan saya menggesa supaya meneruskan progres tersebut dan bentangkan dalam Parlimen.

“Beliau hendak larikan daripada isu itu, cuba bawa pula RUU355. Saya fikir rakyat cerdik untuk menilai muslihat politik daripada Perdana Menteri dan anggota Kabinetnya,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending