Terkini
Perarakan ‘Woman’s March’ dicemari LGBT, mana pendirian kerajaan PH-BN?
Demikian persoalan ditimbulkan Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN, Mohd Ashraf Mustaqim susulan tiada sebarang pendirian diambil kerajaan selepas tempoh 24 jam perhimpunan dan perarakan Woman’s March yang dicemari LGBTQ berlangsung pada Ahad lalu.
- Demikian persoalan ditimbulkan Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN, Mohd Ashraf Mustaqim susulan tiada sebarang pendirian diambil kerajaan selepas tempoh 24 jam perhimpunan dan perarakan Woman’s March yang dicemari sokongan terhadap LGBTQ berlangsung pada Ahad lalu.
- “Adalah amat berbeza sekali jika dinilai sewaktu berlangsungnya ‘Cosplay’ yang dikaitkan dengan PAS baru-baru ini.
- “Ada kenyataan rasmi dari Menteri Agama, Dato’ Setia Dr. Na’im menyatakan tentang kerisauan yang mampu menggugat perpaduan dan ”beri gambaran tidak baik kepada agama Islam dan negara”.
- “Justeru persoalan dilontarkan dengan memetik pernyataan sama dihujahkan, mana kenyataan rasmi Menteri Agama berhubung isu himpunan LGBTQ ini dan adakah ianya tidak mencemar imej negara dan Islam?” katanya dalam Facebook pada Isnin.
- Armada, Bersatu serta Perikatan Nasional mengecam sepenuhnya pendekatan menolak toleransi dalam hal yang bercanggah dengan agama dan nilai dalam dasar negara.
KUALA LUMPUR – Perarakan ‘Woman’s March’ dicemari LGBT, mana pendirian kerajaan PH-BN?
Demikian persoalan ditimbulkan Timbalan Ketua Penerangan Pemuda PN, Mohd Ashraf Mustaqim susulan tiada sebarang pendirian diambil kerajaan selepas tempoh 24 jam perhimpunan dan perarakan Woman’s March yang dicemari LGBTQ berlangsung pada Ahad lalu.
Perarakan Hari Wanita yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka itu dilihat membawa bendera berunsur LGBTQ serta sepanduk-sepanduk di antaranya tertera; “Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body” dan lain-lain lagi.
“Adakah kerajaan bersetuju dengan amalan songsang dituntut kelompok LGBTQ ini yang jelas bercanggah dengan asas budaya bangsa Malaysia?
“Adalah amat berbeza sekali jika dinilai sewaktu berlangsungnya ‘Cosplay’ yang dikaitkan dengan PAS baru-baru ini.
“Ada kenyataan rasmi dari Menteri Agama, Dato’ Setia Dr Na’im menyatakan tentang kerisauan yang mampu menggugat perpaduan dan ”beri gambaran tidak baik kepada agama Islam dan negara.
“Justeru persoalan dilontarkan dengan memetik pernyataan sama dihujahkan, mana kenyataan rasmi Menteri Agama berhubung isu himpunan LGBTQ ini dan adakah ianya tidak mencemar imej negara dan Islam?” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.
Mohd Ashraf berkata, Armada, Bersatu serta Perikatan Nasional mengecam sepenuhnya pendekatan yang menolak toleransi dalam hal yang bercanggah dengan agama dan nilai dalam dasar negara.
Katanya, kesopanan dan kesusilaan wajar dijulang.
Beliau menegaskan, usaha pemerkasaan atau emansipasi wanita sekaligus menolak budaya patriarki dipersetujui beliau bagaimanapun tiada tolerasi dalam membudayakan agenda LGBTQ.
Beliau berkata, kelompok itu seharusnya dibimbing dan diberi kesedaran bukan hanya atas faktor agama, namun juga psikologi dan sains.
“Apa yang tambah kekecewaan adalah apabila kelompok ini begitu berani mengecam pihak berkuasa khususnya PDRM (Polis Diraja Malaysia).
“Sewajarnya Menteri KDN (Kementerian Dalam Negeri), Saifuddin Nasution Ismail perlu mengambil langkah lebih proaktif atas peranan PDRM dalam memartabat kedaulatan undang-undang negara termasuk menyelar kecaman golongan yang tampaknya dilatari oleh ahli politik agar menghormati kedudukan PDRM,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata hasil pemerhatian mendapati perhimpunan bermula 10 pagi Ahad disertai seramai 150 individu terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.
Katanya, polis sedang mengenal pasti semua peserta himpunan dan akan dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberikan keterangan.
Beliau berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Mohd Ashraf Mustaqim